Sunday, April 24, 2011

Saman Ekor-Ketahui Hak Anda

Rasanya, masih ramai yang masih kabur dan tidak memahami sepenuhnya hak anda sebagai rakyat Malaysia. Perlembagaan persekutuan adalah undang-undang tertinggi negara yang menjamin hak setiap rakyat Malaysia, tanpa mengira agama, kaum, bangsa dan semua fahaman politik.


Salah satu hak yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan ialah hak rakyat terhadap harta. Ini disebut dalam Perkara 13Perlembagaan Persekutuan.


Perkara 13 Perlembagaan Persekutuan


Hak terhadap harta.


(a) Tiada seseorang pun boleh dilucutkan hartanya kecuali mengikut undang-undang.


(b) Tiada sesuatu undang-undang pun boleh membuat peruntukan bagi mengambil atau menggunakan harta-harta dengan paksa dengan tiada pampasan yang mencukupi.


Selalunya Perkara 13 ini digunakan di dalam kes pengambilan tanah melalui Akta Pengambilan Tanah 1960. Sebenarnya Perkara 13 ini bukan sahaja melibatkan harta tak alih seperti tanah, tetapi meliputi harta alih seperti kenderaan.


Justeru penafian hak memperbaharui cukai jalan dan lesen memandu oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) juga sebenarnya termasuk di dalam penafian hak rakyat terhadap harta. Alasannya jika seseorang rakyat itu dihalang dari memperbaharui cukai jalan kenderaan mereka yang menyebabkan kenderaan itu tidak boleh digunakan maka rakyat itu telah dinafikan haknya terhadap harta.


Jika seseorang rakyat telah dinafikan hak mereka menggunakan harta (kenderaan) mereka tanpa alasan yang berlandaskan peraturan dan undang-undang maka Perkara 13 (b) menyatakan bahawa pampasan


hendaklah diberikan. Ini bermaksud jika JPJ menghalang seseorang memperbaharui cukai jalan yang menyebabkan kenderaan tidak boleh digunakan, maka JPJ hendaklah membayar pampasan kepada pemilik kenderaan tersebut.


Hujah ini adalah bersandarkan keputusan kes Leonard Lim Yaw Chiang lwn Director of Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Sarawak yang telah diputuskan pada tahun 2009. Di dalam kes ini, seorang rakyat bernama Leonard Lim Yaw Chiang telah disenarai hitam dan dihalang oleh JPJ Sarawak dari memperbaharui cukai jalan kereta beliau.


Beliau telah memohon kepada Mahkamah Tinggi Kuching untuk memutuskan bahawa tindakan JPJ menyenarai hitam dan menghalang beliau memperbaharui cukai jalan adalah salah. Beliau juga memohon gantirugi daripada JPJ di atas kehilangan penggunaan kereta beliau selama kereta tersebut tidak boleh digunakan kerana tiada cukai jalan.


Mahkamah telah memutuskan bahawa JPJ tidak boleh menyenarai hitam kenderaan di atas suatu kesalahan yang belum dibuktikan di Mahkamah. Tindakan JPJ menyenarai hitam diputuskan telah bertentangan dengan Perkara 13 Perlembagaan. JPJ juga telah diarahkan membayar gantirugi kepada pemohon dalam kes itu kerana kesusahan beliau tidak dapat menggunakan kenderaan sehingga terpaksa menyewa kenderaan lain.


Justeru di sini ingin dimaklumkan kepada pemandu-pemandu dan pemilik-pemilik kenderaan yang dinafikan hak mereka memperbaharui cukai jalan dan lesen memandu, bahawa hak anda dilindungi oleh


Perlembagaan. Pihak berkuasa tidak boleh sewenang-wenang menafikan hak anda.


Berbalik kepada tawaran Kerajaan memberikan diskaun pembayaran saman sehingga hari ini 09/3/2011. Ingin dimaklumkan bahawa tindakan ini tetap salah. Isu utamanya ialah bukan jumlah bayaran kompaun atau denda itu RM300 atau RM150 atau pun RM50. Isu utamanya adalah, ADAKAH SESEORANG ITU BENAR-BENAR MELAKUKAN KESALAHAN YANG DIDAKWA SEHINGGA MEREKA WAJIB MEMBAYAR DENDA?


Perlu diambil perhatian bahawa untuk menguatkuasakan sesuatu peraturan dan undang-undang, sesebuah pihak berkuasa hendaklah juga mengikut peraturan dan undang-undang. Saman tidak boleh tertunggak. Jika ada yang tertunggak maka ianya bukan saman. Saman hendaklah dikemukakan di Mahkamah. Orang yang disaman (OKS) hendaklah diserahkan saman dan diperintahkan hadir ke Mahkamah untuk menjawap saman itu.


Jika OKS mengaku salah maka mahkamah akan memerintahkan OKS itu membayar denda. Jika denda dibayar maka saman itu selesai dan tidak akan tertunggak. Jika saman diserahkan kepada OKS tetapi OKS tidak hadir ke Mahkamah, maka mahkamah akan keluarkan waran tangkap suapaya OKS hadir mahkamah.


Maka proses yang sama akan berlaku iaitu OKS akan ditanya mangakui kesalahan atau meminta bicara. Jika mengaku maka akan diarahkan supaya bayar denda bagi saman itu. Maka selesailah saman itu. Tidak tertunggak.


Jika tidak mengaku maka akan dibicarakan. Bergantung kepada keputusan mahkamah, jika didapati salah selepas bicara, maka akan diperintahkan untuk bayar denda. Selesai lah saman itu. Jika tidak bersalah maka luput juga samann itu. Tidak tertunggak.


Soalannya kenapa ada saman tertunggak? Jawapannya pertama kerana saman-saman itu tidak pernah dibawa ke Mahkamah. Kedua kerana yang dikatakan saman itu sebenarnya bukan saman tetapi notis sahaja.


Saman Ekor yang dikatakan saman ini sebenarnya bukan saman tetapi sekadar notis kepada pemilik kenderaan meminta maklumat pemandu yang dikatakan memandu melebihi hadlaju. Notis ini juga disertakan tawaran kompaun jika pemilik kenderaan mengaku melakukan kesalahan. Ia dikeluarkan di bawah Seksyen 115 Akta Pengangkutan Jalan 1987 atau dikenalai dengan Notis Pol 170A.


Jika pemilik tidak mengaku kesalahan maka kompaun tidak perlu dibayar kerana kompaun itu hanyalah tawaran. Jika pemilik tidak membayar kompaun sepatutnya pemilik disaman supaya hadir ke Mahkamah bagi menjawap tuduhan memandu melebihi hadlaju. Kemudian proses mahkamah yang dijelaskan sebelum ini akan berlaku. Maka saman itu akan selesai dan tidak tertunggak. Masalah timbul apabila pihak berkuasa terus menghukum pemilik supaya membayar kompaun sedangkan kesalahan tidak dibuktikan. Kompaun bukan denda tetapi tawaran.


Denda hanya boleh dikeluarkan dan diarahkan oleh Mahkamah. Bukan Polis dan bukan JPJ. Inilah penyalahgunaan kuasa dan peraturan oleh pihak berkuasa. Mereka bertindak melebihi kuasa yang diberikan. Mereka bertindak sebagai penghukum sedangkan tugas itu hanya ada pada Mahkamah.


Justeru kepada semua rakyat Malaysia, ketahui hak anda, jangan mudah terpedaya dengan tawaran dan penindasan. Gunakan hak anda… TIADA SIAPA BOLEH MEMAKSA ANDA MEMBAYAR SESUATU YANG ANDA TIDAK LAKUKAN. Anda Mampu Mengubahnya.


Bagaimana JPJ boleh menghalang pembaharuan cukai jalan?


1) Seksyen 17(1)(d) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Pindaan) 2010


JPJ berkuasa menghalang seseorang melakukan apa-apa transaksi termasuk perbaharui cukai jalan tetapi setelah JPJ BERPUASHATI bahawa seseorang ada perkara yang belum selesai dengan JPJ dan Polis.


Bagaimana JPJ hendak BERPUASHATI?


2) Seksyen 17(2) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Pindaan) 2010


JPJ hendaklah memberikan peluang kepada seseorang membuat representasi. Ini bermaksud JPJ hendaklah menjalankan siasatan adakah seseorang itu ada perkara yang belum selesai. Maka semua pihak perlu hadir iaitu pemilik kenderaan, JPJ dan Polis yang mengeluarkan saman. Perlu disiasat adakah saman yang dikatakan ada kepada seseorang itu betul atau tidak. Sudah dibuktikan di mahakamh atau tidak. Jika tidak maka JPJ tidak boleh menyenarai hitam. Inilah maksud BERPUASHATI.


3) Seksyen 17(5) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Pindaan) 2010


Jika dihalang daripada perbaharui cukai jalan maka Pengarah JPJ hendaklah maklumkan kepada Ketua Pengarah pengangkutan, di mana Ketua Pengarah hendaklah maklumkan secara bertulis dalam tempoh 14


hari kepada pemilik kenderaan tentang alasan halangan dibuat ke atas pemilik. Adakah notis ini pernah dikeluarkan kepada pemilik?

Jika anda dihalang daripada perbaharui cukai jalan tanpa alasan yang sah anda boleh:

a) Minta alasan bertulis daripada JPJ kenapa anda dihalang.


b) Minta JPJ perbaharui cukai jalan dengan segera jika alasan bertulis itu tidak munasabah dan tidak betul.


c) Jika JPJ enggan mematuhi permintaan anda, anda boleh menyaman/menuntut di Mahkamah untuk gantirugi kehilangan penggunaan kenderaan anda dan kesusahan anda kerana tidak boleh menggunakan kenderaan.




(sumber : Beritasemasa.com)








Friday, April 22, 2011

Koleksi Gambar Kereta Mahal (Rolls Royce) Sultan Brunei

Selepas kita dengar beberapa hari ini dengan berita-berita kurang menyenangkan seperti ini dan ini, dan mungkin akan datang ada lagi suprise untuk kita semua. Sekarang ini, saya nak ajak dan berkongsi dengan anda semua satu-satunya raja kaya di dunia yang gemar memiliki koleksi kereta mewah dan ekslusif. Siapa lagi kalau bukan nama Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah. Bayangkan saja, koleksi kereta mahal dan mewah Sultan Brunei hampir tidak terkira. Ada yang mengatakan koleksi kereta mewahnya mencapai ke angka 6,000 buah yang tersimpan rapi di dalam garajnya.

Sebut sahaja kereta apa? Koleksi kereta mahal dan mewah Sultan Brunei datang dari pelbagai model tersohor dunia. Hampir semua siri terbaru daripada Rolls-Royces, Bugatti, Lamborghini, Maybach,Porsche, Mercedes, Bentley, Jaguar, Dauer, Cizetta, Ferrari, BMW telah dimiliki oleh Sultan Brunei. Tetapi kali ini kita fokus kepada koleksi kereta dari model Rolls Royce Sultan Brunei dahulu. Layan……….




















Bayangkan berapa keluasan garaj yang diperlukan untuk memuatkan kesemua koleksi kereta mewah Sultan Brunei yang bernilai jutaan dollar Amerika? Tiada apa yang perlu dikejutkan.

Senarai terkini menunjukkan Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah adalah antara raja keempat paling kaya di dunia dengan nilai kekayaan melebihi US$20 billion selepas Raja Thailand, King Bhumibol Adulyadej, Presiden United Arab Emirate (UAE), Sheikh Khalifa dan Raja Arab Saudi, King Abdullah bin Abdul Aziz.

Senarai Raja Terkaya di Dunia Yang Terkini

Kira memang susah nak cantas kedudukan Raja daripada Thailand ini, Raja Bhumibol Adulyade yang mana Raja Thailand ini terus menghuni kedudukan teratas bagi bagi senarai raja terkaya di dunia. Raja Bhumibol Adulyade yang ketika ini sudah melepasi usia 80 tahun mempunyai nilai kekayaan sekitar US$30 bilion.

Kalau Raja Bhumibol Adulyade raja paling kaya di dunia, siapa pula yang menghuni kedudukan kedua dan seterusnya?
1.Raja Bhumibol Adulyade (Thailand) – US$30 bilion
2.Sultan Haji Hassanal Bolkiah (Brunei) – US$20 bilion
3.Raja Abdullah bin Abdul Aziz (Arab Saudi) – US$18 bilion
4.Sheikh Khalifa bin Zayed Al Nahayan (UAE) – US$15 bilion
5.Sheikh Mohammed bin Rashid Al Maktoum (Dubai) – US$4.5 bilion
6.Putera Hans-Adam II (Liechtenstein) – US$3.5 bilion
7.Raja Mohammed IV (Maghribi) – US$2.5 bilion
8.Sheikh Hamad bin Khalifa Al-Thani (Qatar) – US$2.4 bilion
9.Putera Albert II (Monaco) – US$1 bilion
10.Putera Karim Al Hussein Aga Lhan – US$800 juta
Nilai kekayaan Sheikh Mohammed bin Rashid Al Maktoum dari Dubai terjejas teruk selepas Dubai dibebankan dengan masalah hutang yang cukup besar. Manakala, Ratu England, permaisuri Elizabeth II yang baru-baru ini meminta elaunnya ditambah terhadap kerajaan baru Britain hanya menduduki tangga ke 12 bagi senarai raja terkaya di dunia dengan nilai kekayaan US$ 450 juta

Senarai Orang Terkaya Di Malaysia 2011

Senarai individu terkaya di Malaysia 2011 telah pun dikeluarkan pihak media. Yang kaya menjadi semakin kaya.Hanya tahniah yang kami mampu ucapkan. Bilangan rakyat Malaysia yang mempunyai aset lebih RM 1 Bilion meningkat kepada 27 orang tahun ini berbanding 22 orang tahun lalu.



Gabungan aset 40 individu paling kaya di negara ini juga meningkat sebanyak 30% kepada RM 206.27 bilion daripada 156.7 bilion.Robert Kuok yang kembali semula dalam perniagaan gula tahun lalu terus mengekalkan kedudukannya sebagai orang paling kaya Malaysia dengan aset bernialai RM 50.04 bilion.


Jutawan komunikasi, Ananda Krishnan di tempat kedua dengan RN 45.78 bilion, meningkat 70 peratus daripada tahun lalu.Kedudukan ketiga pula milik Tan Sri Teh Hong Piow, yang melonjak satu anak tangga dengan aset RM 12.77 bilion.


Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary mengekalkan kedudukannya sebagai orang melayu terkaya di Malaysia.Pendapatan asetnya meningkat sebanyak 50% kepada Rm 8.84 bilion. Berikut di bawah adalah senarai lengkap 10 rakyat malaysia paling kaya 2011.


1.Robert Kuok Hock Nien-RM 50.04 bilion
2.T. Ananda Krishnan-RM 45.78 bilion
3.Tan Sri Teh Hong Piow-RM 12.77 bilion
4.Tan Sri Lee Shin Cheng-RM 12.73 bilion
5.Tan Sri Lim Kok Thay-RM 10.89 bilion
6.Tan Sri Quek Leng Chan-RM 10.75 bilion
7.Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary-RM 8.84 bilion
8.Puan Sri Lee Kim Hua-RM 7.42 bilion
9.Tan Sri Tiong Hiew King-RM 4.772 bilion
10.Ong Beng Sheng-RM 3.987 bilion


Ada tiga pendatang baru dalam senarai rakyat Malaysia yang memiliki kekayaan lebih dari RM 1 bilion. Mereka adalah:


■Tan Sri Leong Huy Kum- Mah Sing Group


■Datuk Seri Stanley Chai-Supermax Corporation Sdn.Bhd


■Datuk Tan Heng Chew- Tan Chong Holdings Bhd.

Hingus wartawan wanita keluar semasa buat liputan

TORONTO - Seorang wartawan di Kanada, Saphia Khambalia merah padam apabila hingusnya meleleh dari hidungnya semasa dia membuat liputan di depan kamera dan disaksikan oleh penonton, lapor sebuah akhbar semalam.

Insiden yang memalukan itu berlaku baru-baru ini semasa wanita itu yang bekerja untuk stesen televisyen City TV News Toronto membuat laporan langsung di sebuah dewan di sini.

Ketika itu, dia membuat liputan mengenai kehadiran pelakon popular Hollywood, Charlie Sheen di bandar ini.

Semasa kali pertama hingusnya keluar, Khambalia, 23, menyapunya dengan menggunakan rambutnya tetapi sejurus kemudian, hingusnya masih lagi meleleh.

Bagi mengelakkan dirinya daripada terus malu, dia segera menamatkan laporannya apabila melihat hingusnya terus meleleh dan mengenai mikrofon yang dipegangnya.

Ini cerita haru dan memalukan....

(sumber : Kosmo)