Thursday, December 31, 2009

TAHUN 2010


selamat tahun baru 2010!!!!!!
HAPPY NEW YEAR 2010!!!!!

Tuesday, December 29, 2009

SELAMAT TAHUN 2010

SELAMAT TAHUN BARU 2010

Saya mengucapkan selamat menyambut tahun baru 2010. Semoga tahun baru akan menjanjikan yang terbaik buat kita semua. Azam dan iltizam baru.

Tahun 2009 nmenjadi kenangan dan panduan buat kita semua kerana yang berlalu tidak semestinya pahit dan baru tidak semestinya manis....

Apapun semoga tahun baru ini kita semua akan lebih berjaya dan negara kita yang tercinta ini aman, makmur dan maju.

ALL THE BEST.......

Sunday, December 6, 2009

Galeri 2





Orgasma Pengukur Kepuasan Seks


Hubungan seks bermaksud hubungan kelamin antara dua individu berlainan jantina. Orgasma pula bermaksud mencapai kemuncak kepuasan syahwat ketika melakukan hubungan seks atau lebih mudah disebut klimaks.


Ia adalah dua perkara yang berbeza. Setiap pasangan yang melakukan hubungan seks belum pasti memperoleh orgasma. Bagi lelaki, ia merupakan perkara biasa ketika melakukan hubungan kelamin namun wanita pula sebaliknya.

Ada wanita yang mencapai orgasma setiap kali melakukan hubungan namun peratusannya sangat rendah, ada juga yang hanya sesekali dan jangan terperanjat, jika ada yang langsung tidak pernah merasainya.

Kajian di Malaysia

Merujuk kepada kajian yang dijalankan oleh Durex pada tahun 2007/2008 di kalangan pasangan suami isteri di Malaysia, hanya 25% wanita yang melakukan hubungan kelamin mencapai orgasme berbanding lelaki 62%.

Kajian itu juga menunjukkan hanya 58% wanita berpuas hati dengan intensiti orgasma mereka berbanding lelaki iaitu 66%. Kajian tersebut mendedahkan wanita Malaysia ketinggalan dari segi pengalaman orgasma berbanding wanita Sepanyol (52%), Mexico (51%) dan Afrika Selatan (49%).

Kebaikan Orgasma

Orgasma membantu menyuburkan kesihatan seksual. Ia adalah sesuatu yang sepatutnya dikecapi oleh seseorang wanita. Katakan kepada suami anda, saya mahukannya kerana ia adalah hak saya.

Kesihatan seksualiti yang baik mempengaruhi fikiran, perasaan, tindakan dan perhubungan seperti juga kesihatan mental dan fizikal. Jangan terperanjat andai seks yang baik mampu menjana prestasi kerja yang lebih bagus.

Faktor Tiada Orgasma

Faktor utama mengapa wanita Malaysia sukar mencapai orgasma banyak dipengaruhi oleh kepercayaan masyarakat kita.

Bagi orang timur, berbicara mengenai seks adalah sesuatu yang tabu dan memalukan. Ilmu mengenai pendidikan seks tidak dibincangkan secara terbuka, kerana itu masyarakat kita terutama wanita tidak mendapat gambaran sebenar mengenai hubungan seksual yang sewajarnya.

Sudah menjadi adat orang Timur mengharapkan anak mereka 'faham' sendiri mengenai perkara berkaitan seks tanpa mahu memberi panduan mengenainya. Apabila berumah tangga, seandainya mereka tiada komunikasi yang baik antara suami isteri, masalah ini akan berlaku.

Faktor umur juga memainkan peranan penting dalam menentukan tahap orgasma individu, begitu juga dengan faktor kesihatan, pengalaman peribadi dan hubungan suami isteri.

Tahap seksualiti pula bergantung kepada sistem hormon, neurologi dan vaskular (salur darah). Organ seks sebenar yang paling penting dalam menentukan kebolehan untuk mencapai orgasma adalah otak.

Hubungan intim mempengaruhi kitaran tindakbalas seks wanita. Ia bermula dengan keintiman emosi yang menjadi motivasi kepada seksualiti neutral wanita. Seterusnya ia merangsang seks yang mana faktor psikologi dan biologi memainkan peranan untuk meningkatkan tahap seks.

Keinginan seks akan meningkat lalu mencapai tahap kepuasan fizikal dan emosi.

Kitar Tindak Balas Seks Wanita

1. Peringkat pertama adalah keterujaan atau ransangan yang mana dicetuskan oleh stimulasi psikologi dan fizikal. Tanda-tandanya adalah perubahan emosi, peningkatan kadar denyutan jantung, respirasi dan penebalan dinding serta pengeluaran pelincir dari vagina.

2. Pengekalan rangsangan dipanggil plateau iaitu tahap kedua. Vagina akan menebal, kadar denyutan jantung dan ketegangan otot meningkat sekali gus stimulasi akan berterusan. Payu dara akan membengkak, puting payu dara menegang dan uterus terbenam.

3. Akhir kemuncak adalah orgasma.

4. Fasa terakhir adalah resolusi melibatkan pengaliran darah dari vagina ke seluruh tubuh, pengecutan payu dara dan puting payu dara serta penurunan denyutan jantung, respirasi dan tekanan darah.

Malam Baik, Pagi Baik

Orgasma adalah sensasi menakjubkan. Ada pendapat yang mengatakan bahawa malam yang baik mengundang kepada pagi yang baik di pejabat.

Orgasma disebut juga sebagai destinasi terakhir dalam setiap hubungan seksual.

Ironinya, tekanan yang kita letakkan pada diri untuk mencapai orgasma boleh memacu kita untuk mendapatkannya.

Sebaliknya, jika kita tidak fikirkan sangat mengenai orgasma dan tidak belajar bagaimana untuk memperolehnya (teori dan praktikal), peluang untuk memperoleh nikmat hubungan seksual termasuk orgasma samar.

Jenis dan Intensiti Orgasma

Orgasma terbahagi kepada 3 jenis iaitu klitoris orgasma, orgasma dan gabungan kedua-duanya.

Orgasma vagina berlaku ketika stimulasi di titik G (G-spot) menyebabkan orgasma tercapai lalu melibatkan sistem uterus dan juga reproduksi.

* Tempoh dan intensiti orgasma berbeza antara seorang wanita dengan seorang yang lain dan satu pengalaman dengan pengalaman yang lain.

* Orgasma berbeza antara satu pengalaman singkat yang cepat hilang berbanding sensasi pengalaman menakjubkan dalam tempoh sedikit panjang, hingga kemuncak nikmat.

* Wanita biasanya mengambil masa yang lama untuk mencapai tahap orgasma.

Punca Sukar Mencapai Orgasma

Selain persekitaran, faktor utama yang menyebabkan wanita sukar mencapai orgasma adalah disfungsi seksual. Masalah ini berlaku di kalangan 20 hingga 50% wanita.

Ia melibatkan banyak faktor - biologi, psikologi dan personaliti. Juga tekanan emosi dan fizikal termasuk peningkatan umur. Termasuk juga masalah keinginan seksual, sukar mencapai kepuasan, orgasma dan sakit ketika melakukan hubungan seks.

Masalah keinginan seks terbahagi kepada dua iaitu masalah keinginan seks hipoaktif dan masalah tidak suka seks.

Masalah kesakitan pula antaranya dyspareunia (kekeringan bahagian labia), vaginismus (jangkitan kulat vagina) dan lain-lain masalah kesakitan.

Dari segi biologi, faktor jantina dan umur, endokrin, kemurungan, kesihatan keseluruhan dan perubatan memainkan peranan.

Masalah emosi dan berkaitan tekanan, penderaan seks dan konflik hubungan antara faktor psikologi yang sering berlaku.

Selain itu, masalah pengaliran darah seperti penyakit jantung, tekanan darah tinggi, paras kolestrol tinggi, merokok menyebabkan orgasma sukar dicapai.

Masalah hormon seperti menopaus, masalah endokrin, kekurangan hormon selepas bersalin dan diabetes juga boleh menjejaskan orgasma.

Pilihan Rawatan

Mereka yang mengalami masalah mencapai orgasma perlu mendapatkan rawatan sewajarnya kerana ia menjejaskan kesihatan secara keseluruhan.

Pasangan perlu menjalani kaunseling untuk memulihkan semula tahap keinginan seks mereka. Selain itu, dapatkan juga terapi gantian hormon estrogen atau estrogen bersama androgen.

Rawatan bukan hormon seperti menggunakan pelembap atau pelincir ketika melakukan hubungan seks, akupuntur dan terapi herba juga boleh membantu.

Bagi mengurangkan kesakitan, adalah disyorkan agar pasangan bertenang sebelum melakukan hubungan, mempraktikkan senaman Kegel, menggunakan pelincir dan mencuba posisi atau kaedah baru.

Yang paling penting adalah berbincang dengan pasangan. Kembalikan kehangatan ketika baru berumah tangga, barulah anda boleh mencapai kemuncak ketika melakukan hubungan.

Pasangan juga perlu merancang setiap kali ingin melakukan hubungan intim.

Tanamkan dalam fikiran untuk mendapatkan seks yang terbaik, buangkan perasaan tidak selesa dan takut, nikmati masa anda berdua sebaiknya.

Seks Ketika Usia Emas

Usia emas tidak patut dijadikan alasan untuk tidak mengecapi nikmat hubungan seks. Pasangan masih boleh menikmatinya andai mereka benar-benar mahukan dan ia mampu menceriakan hidup mereka.

Pasangan disarankan agar tidak berasa gusar kerana seks pada usia ini memerlukan toleransi masa yang lebih panjang serta memerlukan stimulasi manual yang lebih.

Berbincanglah dengan pasangan. Kongsi apa yang buat anda suka kepada pasangan.

Selain itu, mengingati saat manis berdua ketika baru menjejak kaki ke alam rumah tangga mampu mengembalikan keseronokan bersama.

Ambil masa untuk menjelajah semua aspek keseronokan bersama dengan memaksimumkan kemahiran rasa anda.

Info Kesihatan

Khasiat Tauge

Menu tauge untuk hidangan makan tengah hari mahupun makan malam sering kali dipandang sebelah mata oleh kebanyakan kita. Tauge dilihat sebagai hidangan yang langsung tidak menyelerakan.


Lebih Subur

Tapi tahukah anda, tauge yang kerap kali menjadi pilihan terakhir untuk dijadikan sayur ini sebenarnya mempunyai banyak khasiat. Tauge dikatakan mampu menyumbang kepada kesuburan lelaki dan wanita. Pengambilan tauge oleh kaum lelaki mampu membuatkan sperma yang dihasilkan oleh golongan ini makin baik. Begitu juga wanita, ia cukup berkesan membantu kesuburan telur yang dihasilkan.

Cegah Kanser
Bagaimanapun, khasiat tauge tidak sekadar penyumbang kesuburan, ia juga terbukti melalui kajian mengandungi bahan yang dapat melumpuhkan punca kanser, usus besar, pankreas dan juga penyakit leukimia.

Mengikut kajian yang dijalankan tauge sama ada dari jenis kacang hijau, alfalfa dan sebagainya mengandungi banyak unsur fitokimia yang berkhasiat. Salah satunya ialah kanavanin (canavanine) iaitu sejenis asid amino. Kanavanin, dikatakan mampu melumpuhkan punca kanser leukimia, usus besar dan pankreas.

Baik Untuk Wanita

Selain itu, tauge juga mempunyai estrogen semulajadi berfungsi sama dengan estrogen sintesis. Estrogen dalam tauge dapat meningkatkan kepadatan dan susunan tulang, serta mencegah kerapuhan tulang (osteoporosis). Pengambilan tauge oleh wanita secara kerap dapat membantu mereka menghindar mereka dari kanser payudara, gangguan menjelang haid, simptom pra-menopaus, dan gangguan akibat menopaus.

Kurangkan Lemak
Sewaktu kacang-kacang dicambahkan untuk dijadikan tauge secara umum kadar saponinya meningkat sehingga 450%. Mereka yang berisiko penyakit strok dan serangan jantung, gara-gara kadar lemak darah yang tinggi dianjurkan lebih banyak mengambil tauge dalam menu harian mereka. Saponi dalam tauge, menghalau 'lemak jahat' LDL, tanpa mengganggu kandungan lemak baik HDL.

Lebih Muda
Tauge padat dengan antioksida kuat yang menghalang tubuh dari radikal bebas perosak sel DNA. Pelindungan ini menguatkan kesimpulan tauge merupakan sayuran yang membuat anda menjadi lebih muda.

Buang Kotoran

Satu lagi khasiat tauge yang tidak kurang hebat adalah membantu membuang kotoran dalam usus besar kerana mengandungi banyak serat dan air. Inilah yang menjadi tunjang utama tauge dalam memerangi sel kanser. Apabila kotoran segera meninggalkan usus besar, tiada lagi zat-zat racun dalam kotoran yang yang dapat diserap tubuh. Ia akan mencegah pengumpulan bahan beracun yang dapat merangsang sel kanser.

Menguap disukai syaitan mampu bangkitkan nafsu

Di dalam kitab Imam Nawawi, ada menyebut sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, daripada Abu Hurairah, Nabi SAW bersabda: "Sesungguhnya Allah SWT menyukai bersin dan membenci perbuatan menguap. Jika ada seseorang daripada kamu bersin, kemudian dia memuji Allah Taala dengan ucapan 'Alhamdulillah,' maka menjadi kewajipan bagi setiap Muslim yang mendengarnya mengucapkan 'Yarhamukallah" (semoga kamu mendapat rahmat daripada Allah). Sedangkan menguap adalah amalan syaitan.

Apabila seseorang daripada kamu menguap, maka hendaklah ia menolaknya dengan seberapa yang boleh kerana sesungguhnya apabila ada antara kamu yang menguap, maka syaitan akan mentertawakannya."

Sesetengah ulama berpendapat, maksud hadis itu ialah syaitan suka jika melihat seorang manusia menguap, bahkan mengaguminya kerana wajah manusia berubah ketika menguap. Oleh itu syaitan tertawa. Bukannya bermaksud syaitan yang menyebabkan seseorang itu menguap.

Sesetengah ulama lagi berkata: "Kalimah menguap disandarkan kepada syaitan sebab ia berpunca daripada perut yang penuh dan mengakibatkan seseorang itu malas. Semua itu disebabkan hasutan syaitan."

Imam an-Nawawi berkata: "Menguap biasanya dikaitkan dengan syaitan kerana ia mampu membangkitkan nafsu. Disebabkan syaitan, berat badan semakin bertambah, sifat malas timbul dan perut sentiasa penuh."

Justeru, hadis itu sebenarnya menunjukkan larangan menghampiri faktor yang mengakibatkan kepada keadaan itu, iaitu banyak makan.

Friday, December 4, 2009

Transeksual warga Malaysia

Transeksual warga Malaysia, Mohammed Fazdil Min Bahari @ Fatine,kahwin di London takut pulang ke Malaysia


LONDON: Transeksual warga Malaysia, Mohammed Fazdil Min Bahari berasa takut untuk pulang ke Malaysia ekoran reaksi negatif yang timbul daripada tanggapan salah berhubung perkahwinannya dengan seorang warga British.

Katanya, dia telah menerima banyak emel dan komen orang ramai yang mengkritik dan menuduhnya menghina kerajaan Malaysia.

Mohammed Fadzil atau Fatine kesal kerana orang ramai tidak memahami tujuannya datang ke United Kingdom (UK) adalah semata-mata untuk hidup bersama lelaki yang dicintainya.

Katanya, dia tidak boleh berbuat demikian di Malaysia kerana masyarakat mengkaitkan perkahwinan mereka dengan isu agama.

"Saya takut untuk pulang ke tanah air. Saya bimbang akan keselamatan saya," katanya yang mengulas tentang laporan akhbar tersebut yang didakwa memberikan gambaran kurang tepat mengenai kisah percintaan mereka sehingga mencetuskan reaksi negatif.

Bercakap pertama kali selepas akhbar The Sun di London mendedahkan berita itu, Fatine berkata dia tidak tahu hendak membuat apa-apa lagi kerana keluarganya telah memutuskan hubungan dengannya.

"Saya telah menghabiskan masa berjam-jam membuat panggilan telefon untuk memohon kemaafan. Saya amat menyayangi mereka tetapi saya tidak boleh mengubah apa yang telah berlaku," kata jurusolek artis berusia 36 tahun itu.

Fatine yang berasa kesal dengan laporan tersebut yang didakwanya telah memutarbelitkan kisah cinta mereka sedangkan mereka tidak berniat untuk menghina masyarakat Melayu.

"Mereka juga telah menyiarkan nama bapa saya, sedangan itu sebenarnya tak perlu. Ibu saya pula berasa takut untuk meninggalkan rumah sekarang," tambahnya.

Fatine kesal kerana masyarakat Melayu berasa tersinggung ekoran perkahwinan mereka, walhal mereka cuma ingin hidup bersama di UK memandangkan mereka tidak boleh berbuat demikian di Malaysia.
Fatine sedar orang-orang Melayu memegang nilai-nilai tradisional dan "tidak dapat menerima orang sepertinya".

Fatine sedar orang-orang Melayu memegang nilai-nilai tradisional dan "tidak dapat menerima orang sepertinya".

Bagaimanapun, dia berharap keadaan akan beransur reda.

Fatine "berkahwin" dengan Ian Young, 30, pemilik syarikat penyelenggaraan hartanah dalam satu upacara sivil Mei lalu, menghadapi tindakan dihantar pulang ke Malaysia selepas permohonannya untuk mendapatkan visa 'Leave to Remain' ditolak oleh Pejabat Dalam Negeri ekoran foto "salah".

Permohonan kedua yang disertakan foto berukuran pasport berlatar belakang putih dan bukannya biru telah dikemukakan untuk pertimbangan semula, namun permohonan itu juga telah ditolak Oktober lalu.

Pasangan itu baru mengemukakan permohonan buat kali ketiga untuk mendapatkan 'Right to Family Life (hak untuk kehidupan berkeluarga)' di bawah Akta Hak Asasi Manusia di Britain.

Pada Isnin lalu, Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Abdul Rahman Othman berkata, Jabatan Imigresen berkemungkinan mengambil tindakan undang-undang terhadap Fatine.

Ini kerana katanya, pihaknya memandang serius kes rakyat Malaysia tinggal melebih tempoh di luar negara.

Young bagaimanapun menegaskan permohonan Fatine masih sedang diproses oleh Agensi Sempadan UK. Justeru, katanya, Fatine tidak sepatutnya dikategorikan dalam golongan yang tinggal terlebih tempoh di UK.

"Setahu saya, pihak berkuasa tidak dibenarkan menahannya buat masa ini," katanya.

Ekoran laporan tersebut yang tidak memaparkan perkara sebenar, Young mendakwa, orang ramai beranggapan cerita mereka merupakan satu penghinaan kepada Islam sedangkan mereka tidak berniat berbuat sedemikian.
Fatine (duduk) kesal kerana orang ramai tidak memahami tujuannya datang ke United Kingdom (UK) adalah semata-mata untuk bersama dengan lelaki yang dikasihinya.

"Kami cuma mahu berkahwin, hidup bahagia bersama. Satu-satunya cara kami dapat berbuat demikian adalah di UK," kata Young.

Tambahnya, laporan tersebut juga seolah-olah menggambarkan mereka menghina undang-undang Islam.

"Ekoran gambaran sedemikian, saya berasa kami akan berada dalam keadaan bahaya jika kami cuba tinggal di Malaysia," ujarnya.

Pengasuh dipenjara 125 tahun


LIGHT


COVINGTON - Seorang pengasuh bayi di Indiana, Amerika Syarikat, Samantha Light didapati bersalah kerana membuat rakaman video yang menunjukkan dia melakukan pelakuan seks dengan beberapa kanak-kanak termasuk yang berusia dua bulan.

Sebuah mahkamah di sini, 111 kilometer dari ibu negeri Indianapolis kelmarin menjatuhkan hukuman penjara selama 125 tahun walaupun dia memohon maaf kerana kesalahannya.

Pada bulan lalu, Light, 26, mengaku bersalah atas tiga dakwaan mencabul di sebuah mahkamah di sini.

Sebelum hukuman dijatuhkan berhubung tiga kesalahan jenayah terhadap kanak-kanak, wanita itu mendakwa dipaksa berbuat demikian oleh teman lelakinya, Stephen E. Quick II.

Kesnya terbongkar pada Mac lalu apabila seorang budak perempuan berumur tiga tahun memberitahu ibunya bahawa Light menyentuh bahagian sulitnya dan aksi tersebut dirakamkan oleh teman lelakinya.

Thursday, December 3, 2009

KEKEJAMAN PEMIMPIN KOMUNIS

Kekejaman Chin Peng tak boleh dimaaf


Blog, akhbar Cina sokong hasrat bekas ketua PKM kembali seolah-olah perlekeh kerajaan

KELMARIN adalah ulang tahun ke-20 perjanjian Hatyai yang membawa kepada berakhirnya pemberontakan Parti Komunis Malaya (PKM) yang bersetuju meletakkan senjata. Sebagai menghormatinya, Malaysia memberi kelonggaran untuk menerima kembali rakyat Malaysia yang terpesong itu jika mereka mohon dan mematuhi beberapa syarat.

Mereka yang tidak ingin kembali ke tanah air, akan diterima Thailand untuk terus berada di negara itu. Berikutan itu, kira-kira 400 orang bekas pengganas kembali untuk menghabiskan masa mereka bersama sanak saudara di Malaysia manakala 800 orang lagi memilih terus tinggal di Thailand.

Malah, ada juga lebih 20 rakyat Singapura yang mahu kembali ke negara mereka tetapi tidak dilayan. Angka ini didedahkan oleh Fang Chuang Pi, orang kanan Chin Peng dan warga Singapura yang pernah digelar sebagai The Plen (plenipotentiary) oleh Lee Kuan Yew kerana memainkan peranan sebagai perantara dengan Parti Komunis Indonesia (PKI) dan Komintern (Jawatankuasa Komunis Antarabangsa) pada 1950-an.


Fang sudah meminta jasa baik Lee mengikut jejak Malaysia untuk membolehkan rakannya itu kembali ke republik terbabit. Permintaan itu dibuatnya melalui satu pertemuan dengan akhbar Nanyang Siang Pau pada Julai 1997.

Bagaimanapun hasratnya itu ditolak bulat-bulat oleh Lee dua minggu kemudian melalui satu kenyataan yang disiarkan The New Paper di Singapura. Bagi mereka, tidak pula sesiapa yang hendak membela?

Antara kira-kira 800 bekas anggota PKM yang memilih untuk terus tinggal di Thailand ialah Chin Peng kerana tidak bersetuju dengan syarat membolehkannya kembali. Malah dia yang menetapkan syarat iaitu antaranya kerajaan hendaklah menerimanya kembali sebagai jaguh menentang penjajah.

Kini, menjelang ulang tahun ke-20 perjanjian itu, ceritanya berubah. Dia sudah berhasrat mahu kembali. Ini sudah diatur demikian rupa dengan mendapat simpati beberapa akhbar dan portal berita tertentu menyokong kepulangannya.

Propagandanya adalah berikutan kegagalannya mendapat perintah mahkamah membenarkannya kembali. Permohonannya itu ditolak hingga ke Mahkamah Persekutuan pada April lalu kerana gagal mengemukakan bukti dia dilahirkan di sini atau dia adalah warga Malaysia.

Chin Peng sebelum itu menerbitkan sebuah buku Alias Chin Peng: My Side of History pada 2003 yang cuba mengaburkan kekejaman PKM serta peranannya sebagai pemimpin pengganas yang membawa kesengsaraan kepada seluruh rakyat.

Hasilnya kini ramailah yang bersimpati pula dengannya hingga terus saja mahu melupakan kezaliman puaknya yang menindas, membunuh orang yang tidak berdosa serta menyebabkan kesengsaraan kepada ramai rakyat negara ini.

Agak malang ada pula yang menganggapnya pejuang untuk membebaskan negara ini daripada belenggu penjajahan. Malah ada yang menyatakan Chin Peng juga pejuang kemerdekaan dan seorang patriot. Begitu mudahnya mereka ini mahu melupakan bahawa Chin Peng menentang kerajaan yang dipilih rakyat hingga 1960 � tiga tahun selepas kemerdekaan, apabila darurat diisytiharkan tamat.

Apapun, Chin Peng kemudian mencetuskan 'Darurat Kedua' yang hanya tamat pada 1989 dengan perjanjian di Hatyai itu. Mengikut Paul Kiong, pegawai polis dari Bahagian Khas, Chin Peng mempergunakan peristiwa 13 Mei 1969 untuk mencetuskan kacau bilau dengan menghantar 120 pejuangnya ke Kedah, Perak dan Pahang. Apakah tindakan begini boleh dianggap seorang pejuang untuk membebaskan negara?

Setelah gagal mendapatkan perintah mahkamah membolehkannya menetap di sini, pelbagai kempen melalui beberapa akhbar dan portal berita digunakannya untuk menyokong hasrat itu. Maka dengan itu timbullah pelbagai penulisan khususnya dalam akhbar Cina dan Inggeris tertentu dan pelbagai blog dan portal berita yang dikatakan bebas tetapi terang-terangan berterusan memperlekehkan pemerintah.

Akhbar serta blog tertentu yang bersimpati dengan Chin Peng, juga memberi ruang kepada pembaca yang menyokong bekas pengganas itu. Kononnya dia sudah tua dan hanya ingin menghabiskan hayatnya di tempat dia dilahirkan. Apakah hasrat murninya itu pun tidak boleh diterima?

Kononnya dengan menolak permintaan Chin Peng itu, Malaysia mengkhianati perjanjian yang ia sendiri memeterai kerana tidak mematuhi peruntukan yang menjamin sesiapa saja antara anggota PKM yang mahu kembali dibenarkan.

Mereka ini sengaja tidak menghiraukan keseluruhan peruntukan itu yang menetapkan bahawa kelonggaran itu tertakluk kepada satu had jangka masa dan bukanlah buat selama-lamanya selain tertakluk kepada beberapa syarat lain. Kini tempoh had itu sudah pun berlalu. Jadi bagi Chin Peng dia sudah terlewat, seperti kata pepatah 'sesal kemudian tak berguna'.

Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Norian Mai yang menghadiri rundingan membawa kepada perjanjian Hatyai itu sebagai Penolong Pengarah Bahagian Khas, melawat kawasan penempatan bekas PKM di selatan Thailand sebanyak tiga kali untuk meninjau keadaan mereka. Dan dalam pertemuannya dengan Chin Peng ketika itu, pemimpin PKM terbabit tidak pula pernah menyatakan hasratnya untuk kembali ke kampungnya, kata Norian.

Malangnya mereka terus menerus berjuang untuk membolehkan Chin Peng kembali. Kenapa beberapa bekas ketua PKM, semuanya yang dinamakan itu adalah Melayu seperti Rashid Maidin, Samsiah Fakeh, Zainon Ah Yan, Suraini Abdullah dan Abu Samah Mohamad Kassim dibenarkan kembali.

Apakah usaha ini tidak menunjukkan mereka itu sengaja menjadikan perkara ini sebagai satu isu perkauman? Mereka tidak pula menyatakan bahawa majoriti daripada 400 orang bekas PKM yang dibenarkan kembali, adalah berketurunan Cina.

Jelas sekali mereka ini sengaja memutarbelitkan fakta. Samsiah Fakeh seperti juga Musa Ahmad dibenar kembali sebelum perjanjian itu lagi. Malah mereka ini dituduh sebagai pengkhianat oleh PKM. Rashid Maidin dan Abdullah CD terus berada di selatan Thai dan tidak berhajat untuk kembali. Rashid dibenarkan kembali buat seketika untuk menemui saudara maranya dan kemudian pulang semula ke Thailand.

Tetapi dengan sebab sifat perkauman mereka, perkara ini pun dijadikan isu kaum kononnya kerajaan hanya membenarkan Melayu saja pulang. Inilah dia warga kita yang kononnya mahu menegakkan keadilan tetapi selalunya melihat berbagai perkara daripada sudut kesempitan pemikiran perkauman mereka. Dan dituduh pula akhbar Melayu yang bersifat perkauman hanya kerana tidak sokong pemulangan Chin Peng. Pada hal mereka inilah yang benar-benar bersifat perkauman.

Jadi tidak menghairankan bagaimana pelbagai pihak yang ingin sangat melihat Chin Peng dibenarkan kembali ke Sitiawan cuba pula menidakkan kekejamannya menindas dan membunuh rakyat yang tidak berdosa. Mereka seolah-olah mahu memutihkan kekejaman yang dilakukan PKM ketika mere-ka bermaharajalela menyerang dan membunuh rakyat negara ini yang tidak sehaluan dengan mereka.

Mereka mengatakan pula kalau Jepun dan Jerman yang mencetuskan Perang Dunia Kedua yang membawa kepada berjuta terbunuh atau cedera dan terpaksa mengalami keperitan hidup pun kini sudah boleh diterima kembali, kenapa Chin Peng tidak boleh dimaafkan.

Jelas sekali mereka sengaja cuba mengabui mata rakyat. Jerman dan Jepun adalah negara tetapi jika pemimpinnya, Hitler masih hidup sudah tentu dia dihadapkan ke muka pengadilan Nuremburg seperti nasib ketua Nazi lain. Demikian juga halnya bagi Jeneral Tojo.

Sebenarnya Chin Peng sepatutnya sudah insaf dia tidak pula dibawa ke pengadilan untuk menghadapi tuduhan pembunuhan dan pelbagai perlakuan ganasnya ketika memimpin PKM seperti dipersetujui di Hatyai 20 tahun lalu itu.

Sunday, July 5, 2009

Lokasi Menarik Sandakan

PULAU BERHALA
Pulau Berhala terletak di luar pintu masuk Teluk Sandakan berdepan dengan perkampungan Sim-Sim. Antara yang unik di pulau ini adalah dua buah bukit batupasir yang bercantum dengan ketinggian 600 kaki. Di atas bukit terdapat rumah api. Kawasan curam bukit tersebut adalah Hutan Simpanan di mana terdapat banyak tumbuhan tempatan yang hanya boleh didapati di kawasan pinggir laut yang menjadi tumpuan ahli botani. Terdapat sebuah kampung di bahagian barat pulau yang bersambung dengan tanah lapang ke pantai yang dilengkapi dengan kemudahan perkelahan. Di hujung bahagian Selatan pulau ini terdiri daripada tebing karang yang curam berwarna kemerah-merahan. Terdapat beberapa gua di tebing karang ini. Sebelum Perang Dunia Ke-2 Pulau Berhala pernah digunakan sebagai penempatan pesakit kusta, manakala semasa Perang Dunia ke-2 pula Orang Jepun menggunakan Pulau Berhala sebagai ‘Pusat Tahanan Perang’. Puan Agnes Keith merupakan salah seorang daripada tahanan perang di antara bulan Mei 1942 hingga January 1943 sebelum dipindahkan ke Kuching, Sarawak. Pada masa ini Pulau Berhala merupakan salah sebuah tempat perkelahan yang terkenal.
PULAU-PULAU PENYU


Di seberang Pulau Libaran, 40 kilometer dari Timur-Utara Sandakan dan berhampiran dengan Sempadan Malaysia dan Filipina, terdapat sekelompok pulau-pulau yang terdiri daripada tiga pulau kecil yang berhampiran iaitu Pulau Selingan, Pulau Gulisan dan Pulau Bakkungan Kecil. Pulau-pulau ini merupakan pulau-pulau yang terutama di timur-selatan Asia di mana penyu-penyu mendarat dan bertelur di pantainya. Penyu-penyu ini biasanya bertelur pada waktu malam selepas pukul 8 bila air surut. Pada masa itu anda boleh menyaksikan penyu-penyu yang mendarat mengorek lubang di pantai dan bertelur ke dalamnya.

Penyu-penyu yang bertelur di pulau-pulau ini ialah 83% ‘Green Turtles’ dan 17% ‘Hawksbill Turtles’. Kebanyakan ‘Green turtles’ bertelur di Pulau Selingan manakala kebanyakan ‘Hawksbill Turtles’ bertelur di Pulau Gulisan, kerana terdapat terumbu karang yang luas di kawasan ini. Manakala sebahagian kecil dari kedua-dua jenis penyu ini bertelur di Pulau Bakkungan Kecil. Penyu-penyu ini bertelur sepanjang tahun, tetapi kemuncak ia bertelur ialah pada bulan Julai hingga bulan Oktober bagi ‘Green Turtles’ yang bertelur lebih kurang 110 biji dalam satu lubang dan Februari hingga April bagi ‘Hawksbills Turtles’ yang bertelur di antara 70 hingga 180 biji telur sekali. Telur-telur ini akan di peram selama 50-60 hari sebelum ia menetas menjadi anak penyu dan berenang balik ke laut. Dalam penyelidikan, penyu-penyu betina ini akan kembali untuk bertelur selepas 20 tahun dan akan kembali bertelur selepas beberapa tahun berikutnya. Di antara pulau-pulau penyu ini, Pulau Selingan juga merupakan salah sebuah tempat pelancongan yang menarik. Dengan menggunakan bot laju anda boleh menyaksikan keindahan pulau ini dan kejernihan lautnya yang cantik dengan beraneka jenis ikan. Pulau Selingan terdapat sebuah chalet iaitu Chalet Pulau Selingan. Ia mempunyai 15 buah bilik yang mempunyai bilik mandi. Chalet ini juga mempunyai restoran.

PUSAT PEMULIHARAAN ORANG UTAN SEPILOK
Pusat Pemuliharaan Orang-Utan Sepilok yang terletak 25 kilometer dari Bandar Sandakan, mempunyai keluasan 43 kilometer persegi. Pusat Pemuliharan Orang Utan Sepilok merupakan sebuah hutan asli yang terpelihara. Orang ramai dapat melihat Orang-Utan (Wild Red Apes) di tempat asal semulajadi mereka iaitu di hutan hujan tropika ini. Tujuan utama Pusat Pemuliharaan Orang-Utan ini adalah untuk mendidik anak-anak orang-utan yang terpisah dari ibunya untuk berdikari di dalam hutan.
Pada tahun 1957, pembalakan telah diharamkan dan pasukan simpanan telah dilantik untuk membuat penyelidikan. Dalam tahun 1963 semasa Sabah merdeka dalam Malaysia, Jabatan Perhutanan telah menbentuk satu Cawangan Penjaga Binatang Perburuan (Game Branch). Pada masa itu, dipercayai bahawa orang-utan ialah binatang yang susah didapati dan makin berkurangan. Musim itu juga anak-anak orang-utan sangat terkenal sebagai binatang perliharaan di kalangan rakyat Sabah dan di tempat lain. Anak-anak orang-utan biasanya di tangkap semasa pembalakan dan pembersihan hutan. Dengan adanya Cawangan Penjaga Bintang Perburuan ini, satu undang-undang baru telah dikeluarkan iaitu ‘Dilarang menangkap dan memelihara orang-utan’. Oleh itu Sepilok telah dipilih sebagai sebuah pusat pemuliharaan orang utan. Pelawat-pelawat boleh ke pelantar untuk melihat orang-orang utan datang dari dalam hutan untuk mendapatkan makanan dua kali sehari mereka iaitu susu dan pisang. Masa-masa memberi makan setiap hari ialah pada pukul 10:00 pagi dan 3:00 petang


LABUK BAY PROBOSCIS MONKEY SANCTUARY
Labuk Bay Proboscis Monkey Sanctuary menawarkan satu lagi kawasan pemeliharaan Monyet Belanda (Proboscis Monkey) untuk pelancung yang ingin melihat haiwan ini secara dekat tanpa perlu pergi lebih jauh lagi. Santuari ini terletak di tengah-tengah hutan bakau di sepanjang kawasan berdekatan Kampung Samawang di Labuk Bay, Sandakan. Ia terletak sejauh 38 km dari Lapangan Terbang Sandakan dan mengambil masa lebih kurang sejam untuk sampai ke pusat ini. Separuh daripada jalan tersebut adalah jalan gravel. Bagi sesiapa yang suka melihat haiwan unik ini, ini adalah suatu kemestian untuk melawat tempat ini. Jadual waktu pemerhatian ialah pada 11.30 pagi - 1.30 petang dan 4.30 petang - 6.00 petang.




TAMAN BUAYA
Taman Buaya merupakan pusat pemeliharaan buaya berlesen yang tunggal di Sabah. Pemilik Pusat ini, merupakan keluarga yang memiliki beberapa buah kapal ikan yang besar. Selama ini banyak anak-anak buaya telah dijualnya kepada orang awam, terutamanya nelayan yang gemar memelihara buaya. Jumlah yang didapatinya sehingga tahun 1970an ialah 1,000 ekor buaya, ada yang telah disembelih untuk mendapatkan kulitnya yang berharga untuk diekspot, manakala isinya yang sedap (bagi sebahagian orang) di jual kepada orang tempatan. Sehingga tahun 1982 Perdagangan Persidangan Peraturan Sedunia (International Convention Regulating Trade) Kerajaan Sabah telah mengharamkan pembunuhan buaya. Dengan ini buaya telah di pelihara. Di Taman Buaya ini terdapat lebih kurang 3,000 ekor buaya pada keseluruhannya. Selain buaya, Taman ini juga mempamerkan beraneka jenis binatang dan ikan-ikan tropika yang cantik dan besar. Taman Buaya ini terletak di Batu 8, Jalan Labuk, Sandakan

TAMAN PERIKANAN JAYA
Taman Perikanan Jaya dirancang dan direka khas untuk memberi pengalaman memancing ikan-ikan segar terus dari kolam ikan yang disediakan. Ia terletak di Batu 11, di kawasan Hutan Hujan Tropika dengan keluasan 5.24 ekar. Ini merupakan tempat untuk berehat dan bergembira di samping melakukan aktiviti memancing bersama keluarga pada hujung minggu atau hari cuti. Masa pembukaan ialah dari pukul 9.00 pagi hingga 5.00 petang dan bayaran masuk untuk dewasa ialah RM 2.00 dan Kanak-kanak RM1.00 manakala bayaran untuk manancing ikan ialah RM 5.00 seorang termasuk bayaran tiket masuk dan sewaan peralatan memancing. Terdapat pelbagai ikan untuk dipancing, antaranya ialah ikan kurapu, ikan merah, tilapia, patin dan kuratang. Ikan-ikan yang di pancing akan dikenakan bayaran mengikut saiz dan beratnya.

AUSTRALIAN MEMORIAL
Semasa Perang Dunia ke Dua, Sandakan telah di pilih oleh orang Jepun sebagai pusat khemah tahanan iaitu ‘Penjara Masa Perang’ untuk menahan orang-orang tahanannya. Satu daripada khemah ini terletak di belakang Taman Rimba, Batu 8, Jalan Labuk. Kebanyakan orang-orang tahanannya adalah terdiri daripada orang Australia. Tinggalan bangunan dan peralatan-peralatan yang lama masih boleh dijumpai di kawasan ini. Pada tahun 1986 melalui sumbangan derma dan sokongan dari keluarga-keluarga serta kawan-kawan orang-orang tahanan Australia, tempat ini telah dibersihkan dan sebuah batu peringatan telah didirikan untuk memperingatkan jasa-jasa mereka semasa penjajahan Jepun.
Dalam angkaran yang dibuat terdapat 2,000 orang tahanan Australia dan 750 orang British telah d itahan di Daerah Sandakan. Pada tahun 1944, bulan September jumlah tahanan yang tinggal ialah 1,800 orang Australia dan 600 orang British. Mereka tidak diberi makanan, dan ramai yang jatuh sakit. Dalam bulan September ini juga, walaupun sakit mereka di paksa berjalan kaki melalui hutan-rimba sehingga ke Ranau. Selama setahun perjalanan menuju ke Ranau, jumlah orang tahanan yang sebanyak 2,400 telah tinggal menjadi 6 orang saja. Perjalanan menuju ke Ranau ini dikenali sebagai ‘Death March’.

AGNES KEITH’S HOUSE
Agnes Keith adalah seorang rakyat Amerika yang tinggal di Sandakan dari tahun 1934 hingga 1952 bersama suaminya Harry Keith, seorang konservator pengarah pertanian. Mereka tinggal di dalam sebuah rumah papan yang cantik letaknya di Jalan Istana, Bukit Merah. Rumah ini telah musnah semasa perang dunia kedua dan dibina semula oleh kerajaan mengikut reka bentuk Harry Keith. Beliau kembali bertugas selepas perang dunia kedua. Agnes Keith ialah seorang penulis yang mahir dan seorang pemerhati yang tidak berat sebelah. Beliau telah menulis tiga buah buku yang mengambarkan keadaan dan kehidupan di Sandakan pada masa itu, tajuk-tajuk buku yang dikarangnya ialah ‘Land below the Wind’, ‘Three came home’ dan ‘White man returns’. Buku bertajuk "Land Below The Wind" telah mempopularkan Negeri Sabah sebagai sebuah negeri di bawah bayu di peringkat antarabangsa. Rumah Agnes Keith akan dijadikan Muzium Cawangan Sandakan.


ST. MICHAEL AND ALL ANGELS CHURCH Pada tahun 1888, Reverend W H Elton dari Persatuan Mubaligh Gereja di England telah membina sebuah sekolah yang kecil diberi nama Sekolah Saint Michael’s di Sandakan. Di sekolah ini juga tempat untuk bersembahyang bagi orang-orang yang beragama Kristian. Dari ini datangnya buah fikiran untuk membina sebuah bangunan Gereja yang sempurna iaitu Gereja Saint Michael dan Semua Malaikat (Saint Michael and All Angels Church). Gereja St. Michael merupakan sebuah bangunan batu teguh yang pertama di Sandakan. Bangunan ini di reka oleh seorang New Zealand, Encik B W Mountfort, kerja pembinaan dimulakan pada tahun1893. Pada mulanya kayu belian digunakan dan diikuti batu-bata, yang dipercayai dari kampung Sim Sim. Pembinaan bangunan gereja ini telah mengambil masa lebih kurang 20 tahun dibuat daripada batu batan. Gereja Saint Michael masih kekal sebagai antara satu daripada beberapa buah bangunan batu yang tinggal dan merupakan antara pembinaan yang terbaik di Sandakan.
PUU JIH SHIH
Kuil Puu Jih Shih merupakan kuil yang terbesar di Sandakan. Letaknya di atas sebuah bukit di Tanah Merah. Kedudukan Kuil Puu Jih Shih yang cantik dan sifatnya curam dan kemewahannya membuatnya begitu mudah ternampak di Bandar Sandakan. Pembinaan telah menggunakan US$1 juta dan mengambil masa tiga tahun. Untuk memperlengkapkan hiasan dalaman ia memerlukan lebih kurang US$1 juta, dan akhir sekali dirasmikan pada 26 September 1987. Pintu depan kuil ini menghadap bukit yang curam. Tiga patung Buddha yang berada diatas tempat pemujaan hampir memenuhi kawasan dalam kuil ini. Setiap patung dibuat daripada kayu jati dan di palut lapisan emas serta cat emas. Ketinggian patung ini ialah 23 kaki dengan keberatan ½ tan. Terdapat tanglung-tanglung yang tingginya 20 kaki di buat dari Taiwan, setiap tanglung ini mempunyai lampu yang berasingan sebanyak 1,700 buah di sisi tempat pemujaan. Terdapat juga banyak tempat pemujaan yang kecil dan patung-patung buddha di setiap tepi kuil ini, kesemua tempat pemujaan dan patung-patung Buddha ini di impot dari Macau. 34 tiang-tiang di kuil ini juga di buat dari Macau dan terdapat ukiran naga dari kayu jati dan lapisan emas.

Masjid Kecil Sandakan yang pertama, di bina pada awal tahun 1880, masjid tersebut hilang dan tidak dapat di kesan lagi. Selepas perang dunia kedua, Masjid Bandar di bina di atas sebuah bukit berhampiran ‘Old Slipway’. Masjid ini kecil dan tidak dapat memuat ramai orang. Keperluan untuk mendapat sebuah masjid yang lebih besar dan tapak yang sesuai mula ketara pada tahun 1970. Sehingga tahun 1984 keperluan untuk mendapatkan sebuah masjid baru, iaitu Masjid Besar Sandakan telah menjadi kenyataan, pembinaan telah dimulakan sehingga tahun 1988 pembinaan ini siap. Walaupun Masjid Besar Sandakan ini sederhana tetapi ia kelihatan anggun dan tetap menarik perhatian dengan lokasinya yang terletak di Teluk Sandakan.
SAM SING KUNG
Kuil Sam Sing Kung merupakan salah sebuah kuil yang tertua di Sandakan. Pada tahun 1887, dengan usaha bersama Persatuaan Kantonis, Teochew, Hakka dan Hainanese, Kuil Sam Sing Kung telah di bina di bahagian kaki bukit berdekatan dengan Kuil Kuan Ying. Kuil ini merupakan kuil yang terletak berdekatan dengan Padang rekreasi Sandakan. Kuil Sam Sing Kung merupakan Tiga orang suci di puja disini iaitu : ‘Kwan Woon Cheung’ (moyang Kwan Clan dan Buddha keadilan), Buddha Tin Hou (di puja oleh orang-orang yang bekerja di laut seperti nelayan) dan Maharaja Min Cheong (di puja oleh sesiapa yang ingin menduduki/lulus peperiksaan).

Bahana Pelaris




GELIGA lipan bara dipercayai dijual dengan harga ribuan ringgit untuk tujuan pelaris.
Amalan guna batu, kain dan haiwan sebagai medium majukan perniagaan perbuatan syirik USAHA mencari rezeki dan kekayaan dunia, menuntut kudrat dan akal manusia. Jika tidak, manakan wujud perumpamaan lama 'rezeki tidak datang bergolek.' Malangnya, ada segelintir masyarakat memilih jalan pintas dan terlalu taksub dengan kepercayaan dan amalan lama seperti pelaris perniagaan yang menggunakan sihir dan alat seperti tangkal, wang kertas tertentu serta batu geliga. Ada juga penyebar cerita mendakwa wujudnya penunggu atau jin diletakkan di restoran tertentu yang kononnya ‘menggamit’ pengunjung bertandang.


Belum lagi dicampur dakwaan mengaitkan penggunaan wang kertas RM1 bernombor siri awal dan ekor nombor 99 sebagai pelaris dan pendinding diri. Bagi menambah mujarab, wang kertas itu dihiasi sebaris ayat suci al-Quran yang didakwa juga berperanan sebagai pelaris. Apa juga cara dan kaedah yang menjadi amalan segelintir peniaga yang inginkan untung, penggunaan bomoh atau pawang membekalkan tangkal atau azimat, terus menjadi buah mulut biarpun diketahui perbuatan mempercayai amalan sedemikian adalah haram kerana mengundang syirik. Seorang pengamal perubatan yang hanya mahu dikenali sebagai Zulkifli, mengakui masih meneruskan petua tradisi berlandaskan amalan lama sebagai usaha membantu pelanggannya yang berdepan masalah perniagaan.




KAIN geliga turut digunakan segelintir peniaga.
“Sebenarnya penentu larisnya jualan itu terletak pada diri sendiri. Kebanyakan yang datang bertemu saya adalah pemilik kedai makan. Nasihat saya kepada mereka adalah mereka perlu ada tukang masak yang handal. “Namun saya tidak nafikan, azimat seperti kain geliga dan bacaan surah tertentu juga menjadi sebahagian usaha membantu mereka. Ini seperti kepercayaan lama yang mendakwa menyimpan kain tertentu boleh menambah rezeki,” katanya. Menurut kepercayaan lama, kain geliga terhasil apabila seseorang terserempak ular yang sedang mengawan dan lantas dicampakkan kain ke atas ular itu. Kain itu didakwa boleh memberi rezeki. Enggan mendedahkan proses dilakukannya, Zulkifli mengakui mereka yang mahu mendapatkan khidmatnya bagi tujuan pelaris perniagaan diberikan ayat tertentu.




BARANGAN mistik sering dikaitkan dengan amalan syirik sesetengah individu bertujuan melariskan perniagaan atau pendinding diri.
“Mereka cuma perlu memohon kepada Allah SWT mengenai apa yang diharapkan kemudian memulakan langkah pertama dengan kaki kanan sebagai mengambil berkat.” Tidak kurang juga yang berpegang kepercayaan kononnya bulu burung cenderawasih sebagai pelaris. Berikutan itu, tidak hairanlah harga bulu ini boleh mencecah ribuan ringgit. Begitu juga harga burung cenderawasih yang mati atau masih hidup, juga dijual pada harga puluhan ribu ringgit, seekor. Sementara itu penceramah bebas, Mohd Fauzi Mustaffa, mendakwa pelaris perniagaan sememangnya digunakan secara meluas di kalangan masyarakat yang berniaga dan ingin melariskan jualan mereka. “Pelaris perniagaan ini biasanya membabitkan penggunaan barangan tertentu sama ada secara tradisional iaitu bomoh. Bagaimanapun, berjumpa bomoh hanya kerana jualannya tidak bagus, makanan tidak sedap tetapi apabila ada sihir dilakukan bomoh membuatkan orang bertumpu di kedainya, adalah dilarang dan sememangnya haram bagi agama Islam. “Selain itu, ada juga pelaris kedai dibuat menggunakan objek, gambar rajah, azimat atau tangkal. Perhatikan warung atau gerai makan yang meletakkan dalam bingkai, huruf tertentu dalam petak yang digabung seakan-akan menyamai ayat suci al-Quran atau doa tertentu tetapi tidak difahami langsung. Ia juga mungkin sejenis pelaris. “Tanpa disedari, bingkai berkenaan boleh menyebabkan syirik kerana kita percaya ia boleh mendatangkan pulangan lumayan sedangkan yang memberikan rezeki kepada umat manusia adalah Allah SWT,” katanya. Penggunaan pelaris, kata Mohd Fauzi, adalah dilarang kerana boleh mendatangkan syirik walau dengan niat sekadar satu usaha semata-mata. “Sesiapa yang menggunakan pelaris dengan niat untuk kebaikan perniagaan dan diri sendiri, sebenarnya membabitkan orang lain juga iaitu apabila peniaga yang terpalit, boleh kerugian dan membawa muflis. “Tindakan menjahanamkan usaha orang lain juga dilarang Islam. Apa dikesali, ada yang sanggup menggunakan santau dan sihir lain disebabkan hasad dengki,” katanya. Mohd Fauzi yang juga pengamal perubatan Islam di salah satu pusat di Bangi, juga mendakwa pernah berdepan situasi pelik apabila didatangi seorang peniaga pasar malam yang mengadu gerainya langsung tiada pelanggan. “Katanya, walaupun orang ramai lalu lalang, tetapi mereka melintas dan langsung seperti tidak pedulikan kewujudan gerainya. Keadaan itu memaksa saya sendiri ke sana. “Rupa-rupanya gerai individu itu disihir mereka yang dengki sehinggakan kehadirannya lenyap dari pandangan mata orang ramai,” katanya. Menurutnya, mengamalkan pelaris perniagaan yang sesat, meninggalkan kesan buruk kepada pengamalnya. "Perbuatan itu sememangnya diharamkan dan ia juga satu perbuatan syirik selagi pengamalnya tidak bertaubat. Tiada keuntungan peribadi atau duniawi yang sedikit tetapi akhirnya kita masuk ke neraka hanya kerana kita percaya cara itu dapat membantu melariskan jualan melebihi kuasa Allah SWT."

Tuesday, June 30, 2009


Heart of Borneo needs extra monitoring
Published on: Tuesday, June 30, 2009

Kota Kinabalu: WWF-Malaysia's Borneo Species Programme team has captured images of a female Sumatran rhino believed about 20 years old in the Heart of Borneo, further strengthening the need to sustainably manage the forest in this part of the region that is shared by Indonesia, Brunei and Malaysia.
Raymond Alfred, Senior Manager of the programme, stressed the importance of strong and coordinated enforcement in the forest reserves involving the Forestry Department, Wildlife Department and Sabah Foundation, with the support of the police, to ensure the survival of this endangered species.
The current enforcement and survey work in this area is supported by Honda Malaysia. Consistent monitoring of the rhino population here has so far identified the presence of two rhino calves.
Raymond said the future of the rhinos in Borneo now depends on how serious the forest reserves could be managed sustainably and how the enforcement and monitoring could be carried out effectively and be supported with appropriate activities.
WWF-Malaysia is now looking into how Forest Management Units (FMUs) could be sustainably managed since the forest stand and condition in most of the FMUs in Sabah are poor.
He said based on long-term field survey data, the rhino monitoring and survey activities in other forests by the programme shows that the home range of the rhinos is also affected by oil palm expansion near the eastern coastline of Sabah.
Raymond said the rhinos' key habitat in this forest may still or could be connected especially between the Tabin Willdife Reserve and Lower Kinabatangan River region.
Some of the rhino habitat in this area is very poor and already isolated, and the only option to manage these rhinos is through translocation and keeping them in a more secured forest area.
"Further conversion of the natural forests especially those located adjacent to swamp-mangrove forests in this area into mono plantation (particularly oil palm) would further eliminate the important corridor connecting these two key rhino areas," he said.
"So far, no specific management plan has been developed to address the issue of how the landscape corridor between Tabin Wildlife Reserve and Lower Kinabatangan River region could be identified and maintained since Tabin is already isolated from the main forest in the Heart of Borneo," he added.
WWF-Malaysia believes that full support and cooperation from the relevant oil palm companies (whose lands are adjacent to the swamp-mangrove forest) to allocate and restore corridors including tackling the illegal setting up wildlife traps along the oil palm-forest boundary and hunting activities in the forest reserves could support the survival of the rhinos in Sabah in long term.
Meanwhile, more than RM500,000 has been contributed to the State Wildlife Department by WWF-Malaysia to step up and enhance conservation work at the Lower Kinabatangan Wildlife Sanctuary.
From this amount, more than RM100,000 would go to equipment used for patrolling and enforcement work against encroachment and illegal activities within the sanctuary's protected area covering 26,000 hectares.
On Monday, the WWF handed over patrolling and enforcement equipment comprising two fibreglass boats, four sets of VHF Radio Communication Centre and Reapter, computers and GPS units to the department at its office here.
The WWF enforcement team has been working closely with the wildlife officers for the past three years by patrolling together to protect the sanctuary from encroachers who regularly venture into these areas to extract logs, clear land for illegal planting activities as well as hunting.
"There has been tremendous success thus far," said team leader for WWF's Kinabatangan Corridor of Life (K-Col) Project, Julia Makajil.
"There is a very visible presence of enforcement in the Lower Kinabatangan Wildlife Sanctuary area, the level of which was previously unseen," she added.
WWF aim to address problems like degradation of the riverine eco-system resulting in habitat fragmentation, human-wildlife conflict, excess sedimentation and flooding due to over logging and development of agriculture plantations, mainly oil palm.

MADAH PUJANGGA....

Saya nak berkongsi kata hikmat yang saya temui melalui pembacaan sebuah novel yg saya rasa sangat baik garapan.Madah ini mungkin boleh diaplikasikan sebagai panduan dalam kita membuat sesuatu keputusan terutamnya mereka yg bergelar pemimpin,pengurus dan yg serupa dengannya...

berikan komen anda....

"BIARLAH KITA TERSALAH AMPUN TETAPI JANGAN KITA TERSALAH HUKUM"
P/S : Sekiranya pembaca mempunyai kata hikmat yg lain boleh kongsi diruangan ini