Tuesday, March 1, 2011

REALITI DI SEBALIK GUNUNG EVEREST

Pada tahun 2006, seorang pendaki yang cuba mendaki puncak Gunung Everest untuk kali ketiga secara sendirian ditangkap gambar secara tidak sengaja oleh pendaki lain yang berasa di puncak gunung lain di hadapannya.


Pendaki dalam gambar itu, dalam perjalanan yang dikenali sebagai ‘Final Push’ pada laluan antara rabung Timur Laut, yang terletak antara Camp VI 8230 m dan puncak gunung. Ketika sudah lewat tengahari, yang sememangnya waktu yang paling buruk untuk memulakan perjalanan di laluan yng panjang dan berbahaya.

Sebab itulah, jurugambar dan rakan-rakan sepasukannya akan mengambil masa yang berjam-jam sebelum dapat melihat lelaki itu kembali walaupun berada pada jarak yang dekat pada mata.

Mereka meninggalkan perkhemahan pada masa yang dicadangkan, ketika hampir tengah malam untuk memastikan tiba di puncak ketika fajar. Mereka adalah kumpulan pertama pendaki daripada jumlah keseluruhan 40 orang pendaki yang membuat Final Push pada hari itu.

Satu barisan panjang sekumpulan pendaki, kesemua mereka disambungkan dengan satu tali yang tetap sebagai rujukan dan memastikan pendaki-pendaki berada pada laluan yang betul.


Selama beberapa dekad tali ini dipasang, tali ini membawa pendaki kepada laluan yang terletak beberapa meter daripada gua yang dikenali sebagai Gua ‘Boots Green’.



Gua batu kapur kecil yang terletak pada ketinggian 8500m itu sudah terkenal di kalangan pendaki yang kemudian menyebabkannya mendapat jolokan ‘Boots Green’.


Selama sepuluh tahun kebelakangan ini, tubuh seorang pendaki yang meninggal pada tahun 1996 telah menjadi mercu tanda suram kepada setiap pendaki yang melalui laluan Timur Laut, keadaannya yang berbaring dan meringkuk sebagaimana janin lengkap dengan kasut mendaki gunung berwarna hijau.

Tetapi, pada pagi ini Green Boots mempunyai teman. Labih kurang 2 meter daripada mayat duduk seorang lelaki yang seolah-olah mati. Sarung tangannya di letakan di lutut manakala bayang-bayang tudung dan topinya menyebabkan wajahnya terlindung. Keadaan yang menunjukan bahawa lelaki itu masih hidup adalah hidungnya yang telah mengalami preputan frost berwarna hitam kehijauan. Ketika diamati dari jarak dekat, hembusan nafas dia kelihatan sangat laju.
Seandainya dilihat kejadian itu dalam konteks yang lebih luas, lebih kurang setiap sepuluh pendaki yang pernah mencapai ke puncak, gunung ini telah mengorbankan salah seorang daripada mereka. Selepas 56 tahun manusia pertama dalam sejarah mencapai puncak Gunung Everest, 216 orang telah terkorban dan hakikat yang mengerikan daripada Final Push adalah rekod 150 mayat yang tidak pernah atau tidak boleh dibawa turun. Sedangkan mayat-mayat mereka semua masih ada terutamanya yang berada di Zon Maut.



Tidak ada manusia yang dapat membiasakan diri dengan ketinggian Zon Maut. Hanya terdapat 14 buah gunung di seluruh dunia yang melebihi ketinggian 8000 meter dan tidak mungkin seseorang boleh berada lebih daripada 48 jam di sana. Tahap oksigen di Zon Kematian yang cuma satu pertiga daripada tahap oksigen pada paras laut, yang secara mudahnya bermaksud badan akan menggunakan simpanan oksigen dalam badan lebih cepat daripada oksigen masuk daripada pernafasan.

Dalam situasi demikian, pelbagai kejadian pelik yang akan terjadi kepada fizikal dan mental manusia. Seorang pendaki National Geographic yang bertujuan untuk melakukan percubaan membuat dokumentari pandakian ke puncak (akhirnya tidak berjaya), Brian Blessed menceritakan kesan halusinogen disebabkan kehabisan oksigen di Zon Maut. Pandangannya mengalami halusinasi, badannya lemah dan daya fikiran pula seolah-olah tidak betul. Sesiapa yang tinggal di Zon Maut tanpa menggunakan sebarang bekalan oksigen tambahan akan menjadi rasa tercekik, lebih teruk lagi apabila terpaksa melakukan aktiviti yang mengerahkan kemampuan fizikal yang sukar dibayangkan.

Cabaran di Gunung Everest bukan sahaja disebabkan kekurangan oksigen dan muka bumi yang berbahaya tetapi juga keadaan seperti suhu dan waktu yang sesuai untuk pendakian. Waktu terbaik untuk mendaki sangat singkat di antara bulan Mei dan Jun, dengan suhu purata -27 darjah Celcius dan angin 50 batu/jam. Tetapi, keadaan Gunung Everest yang sangat tinggi hinggakn bahagian atasnya menembusi lapisan stratosfera, di mana terdapat angin yang di kenali sebagai Jet Streaming yang boleh mencapai kelajuan 200 batu/jam dan suhu jatuh ke 73 darjah Celcius.











 
 
 
Bukanlah pendaki-pendaki Gunung Everest tidak mengetahui hakikat ini. Bahkan hakikat ini telah disebutkan berkali-kali dalam pelbagai artikel dan rencana. Tetapi, pendedahan demi pendedahan hanya menambah tarikan lebih ramai orang terhadap gunung ini.

Tetapi sebagaimana kata-kata Brashears, seorang pendaki yang telah berjaya mendaki puncak Everest sebanyak lima kali, “tiada dalam persediaan atau latihan mendaki saya cara untuk melalui perangkap maut yang telah tersedia di atas Gunung Everest”.

Contoh yang paling popular, pendaki Hannelore Schmatz yang telah mendaki gunung ini pada 2 Oktober 1979. Setelah beliau selesai menakluki puncak Everest, beliau meninggal dunia ketika dalam perjalanan turun dari puncak ke Camp IV kerana keletihan. Selepas itu selama bertahun-tahun pendaki-pendaki yang melalui laluan selatan dapat melihat tubuhya dalam keadaan duduk, bersadar pada beg sandangnya dan rambut yang ditiup angin. Walaupun kedudukannya yang terdedah dan jelas kelihatan di laluan, operasi menyelamat menyelamat yang ingin membawa turun mayat tersebut menjadi seolah-olah operasi membunuh diri di Death Zone.

Polis dan bersama-sama Sherpa Nepal yang ingin menyelamatkan kedua-duanya maut terkorban. Angin kencang yang bertiup menolak mereka ke tepi tebing sehingga jatuh.

Gaung yang terletak di laluan timur laut telah digelar “Rainbow Valley” oleh para pendaki disebabkan pelbagai warna jaket mayat pendaki yang ada di gaung itu.
Brashears mengatakan “Walaupun penuh dengan salji dan ais, Gunung Everest kering seolah-olah seperti di gurun padang pasir yang menyebabkan mayat-mayat pendaki pengawetan semula jadi berlaku dengan pantas. Bahkan disebabkan terlalu tinggi, mayat-mayat pendaki akan kekal selama berpuluh-puluh tahun, hinggakan sesetengah mayat tersebut masih memakai peralatan mendaki. Contohnya seperti dalam gambar di bawah ini, mayat pendaki yang bernama George Mallory, diklasifikasikan sebagai hilang pada tahun 1924 tetapi mayatnya ditemui pada tahun 1999 selepas 75 tahun mayatnya hilang terbiar.

Setakat ini tiada kajian terperinci yang pernah dilakukan mengenai punca kematian di Gunung Everest. Apakah yang menyebabkan ramai pendaki menyerah dan putus asa walaupun kadang-kadang dalam keadaan jarak yang sangat dekat dengan tempat yang selamat. Seolah-olah mereka berperang dengan rasa takut mereka di atas gunung ini.


Hakikatnya, bukan saja anda tidak dapat membantu pedaki lain yang bermasalah, tetapi jika tersalah langkah anda mungkin akan terkorban kerana ingin menyelamatkan orang lain.Media mengelarkannya sebagai “demam puncak” yang sekiranya teruk akan menyebabkan pendaki-pendaki gunung mengabaikan etika-etika sebagai pendaki Everest, yang dianalogikan seolah-olah mereka memijak mayat-mayat untuk mencapai kemuncak.

Walau sebanyak mana pun persediaan dan kos ekspedisi pendakian, itu bukanlah sebab yang wajar untuk meninggalkan rakan sepasukan mereka tetapi sanggup menghabiskan tenaga mendaki puncak gunung. Keadaan yang terlampau aneh ini jauh dari sifat keperimanusiaan. Mereka terpaksa memilih sama ada menolong orang lain atau pun mengorbankan diri sendiri. Jadi, persiapan sejak dari awal lagi setiap pendaki-pendaki didedahkan dengan risiko bahwa mereka tidak boleh mengharapkan sebarang bantuan pendaki lain mahu pun menawarkan pertolongan kepada pendaki lain.

Jika tidak mereka tidak akan meninggalkan tetapi ditinggalkan di Gunung Everest buat selama-lamanya










CERITA : GADDAFI DAN 40 ORANG PENGAWAL WANITANYA

PADA Jun 2009, pemimpin Libya, Muammar Gaddafi tiba di Rom, Itali dengan 300 ahli rombongan. Mereka menggunakan tiga buah pesawat Airbus.



Seperti kebiasaan apabila melakukan lawatan ke luar negara, Gaddafi akan membawa bersama khemah gergasi Badwi yang didirikan di tengah-tengah bandar.


Beliau lebih suka tidur bahkan bertemu pemimpin negara asing di khemah itu berbanding hotel mewah.


Pada tahun 2007, Gaddafi bukan sahaja memacakkan khemah di kawasan lapang sebuah hotel lima bintang di Paris malah mempamerkan untanya di situ.


Senarai sisi eksentrik Gaddafi seperti yang dilaporkan akhbar Britain, Daily Mail termasuklah tindakannya membawa unta gurun Sahara sebagai sebahagian daripada rombongan pengiringnya semasa beliau melawat Perancis.


Gaddafi memerlukan lima buah kapal terbang untuk mengangkut semua ahli rombongannya.


Gaddafi memacakkan khemahnya di estet milik jutawan Amerika, Donald Trump di New York semasa menghadiri Perhimpunan Agung, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada September 2009. Gaddafi mengembara dengan membawa khemah bagi menonjolkan asal-usul Badwi. Masyarakat Badwi merupakan kumpulan puak yang tinggal di kawasan padang pasir di Afrika.

Apabila mereka berkelana merentas padang pasir, mereka akan mendirikan khemah bagi bermalam atau berlindung daripada cuaca buruk termasuk ribut pasir.


Kain khemah itu biasanya diperbuat daripada bulu biri-biri yang ditenun dengan tangan.


Dengan memakai gel dan rambut yang diwarnakan semasa tiba di Itali dua tahun lalu, Kolonel itu disifatkan media Barat mirip gaya Raja Pop, Michael Jackson.


Di tengah dadanya tersemat sekeping gambar pemimpin pemberontak Libya yang telah dihukum gantung oleh penjajah Itali pada tahun 1931. Beliau diberi sambutan negara oleh Perdana Menteri Silvio Berlusconi.


Pakaian Gaddafi sememangnya sering menarik perhatian. Beliau gemar memakai jubah yang panjang berjela dan mengenakan cermin mata seperti seorang juruterbang.


Beliau yang memakai topi tentera, kelip merah dan pakaian lengkap seorang kolonel tentera masih mencuri tumpuan.

Namun, pasukan pengawal peribadi Gaddafi, kini berusia 68 tahun, lebih memukau. Mereka memakai uniform khaki dan beret merah sambil menggalas senapang Kalashnikov buatan Rusia.Kira-kira 42 tahun lalu, Gaddafi menggulingkan raja terakhir Libya, Raja Idris atas nama revolusi Islam. Beliau juga mengisytiharkan dirinya sebagai pelopor sosialisme Islam.



Bagaimanapun, pengawal peribadi wanitanya itu tidak menyorokkan wajah mereka di sebalik burqa.


Menurut Gaddafi, mereka adalah simbol kepercayaannya pada emansipasi wanita."Wanita patut dilatih untuk berlawan, jadi mereka tidak mudah dipermainkan oleh musuh," kata Gaddafi.

Semua wanita itu dikatakan telah mengangkat sumpah taat setia kepada Gaddafi dan sanggup menyerahkan seluruh hidup mereka untuk lelaki itu.Ternyata, dikatakan tiada seorang pun daripada mereka pernah meninggalkan Gaddafi baik siang mahupun malam.


Gaddafi juga menegaskan semua pengawalnya masih dara iaitu syarat wajib sebelum dibenarkan bertugas dalam pasukan elit itu.Malah, pekerjaan yang dianggap berprestij itu sentiasa menjadi buruan wanita Libya.


Mereka dilatih di sebuah kolej khas dan mengikuti program fizikal yang lasak. Mereka dilatih untuk menjadi pembunuh, pakar senjata api dan mahir dalam seni mempertahankan diri.


Gaddafi akan membuat sendiri pemilihan terakhir, namun ada khabar angin kononnya pengawal peribadi itu turut dikehendaki melayan kehendak seksual Gaddafi.


Wanita-wanita itu memakai lipstik, barang kemas, kuku yang dikilatkan bahkan kasut tumit tinggi tetapi ketangkasan mereka telah diuji berulang kali.


Pada tahun 1998, salah seorang daripada mereka terbunuh dan tujuh yang lain cedera selepas kumpulan fundamental Islam di Libya menyerang kenderaan Gaddafi.Gadis yang mati itu dikatakan merupakan pengawal kesukaan Gaddafi. Dia 'menerbangkan' dirinya untuk melindungi tubuh Gaddafi. Dia rela mati ditembusi peluru berbanding membiarkan peluru itu mengenai tuannya.


Kehebatan Gaddafi adakalanya dipuji lawan dan kawan. Malah, ramai yang tertanya-tanya bagaimana Gaddafi, yang pernah dianggap oleh Barat sebagai bapa keganasan dan lelaki di sebalik pengeboman Lockerbie pada tahun 1988, diberi layanan istimewa oleh Berlusconi.

Sebenarnya, tidak ramai pemimpin dunia seperti Gaddafi mengekalkan kuasa dan mengharungi pelbagai tekanan sepanjang 40 tahun pemerintahannya.



Beliau menulis sendiri buku Green Book yang memaparkan pandangan politik dan teori sosialnya.


Apabila beliau berkuasa pada tahun 1969, Gaddafi sanggup menghukum musuhnya tanpa belas kasihan.


Pada tahun 1970, beliau sendiri mengarahkan hukuman gantung sampai mati dilakukan di tempat awam.


Pada tahun 1977, beliau hadir semasa pelajar-pelajar yang memberontak ke atas rejimnya dihukum gantung.


Kuasanya bukan setakat di Libya malah diakui di seluruh Afrika. Dua tahun lalu, Gaddafi menjemput lebih 200 kerabat raja Afrika dan pemimpin puak ke bandar Benghazi yang terletak di pinggir Laut Mediterranean bagi menyokong kempen 'Penyatuan Afrika' Gaddafi.


"Kita mahu tentera Afrika mempertahankan Afrika, kita mahu mata wang tunggal Afrika dan kita hanya perlukan satu pasport untuk mengembara ke seluruh negara di Afrika," beritahu Gaddafi kepada kumpulan itu yang datang dengan memakai mahkota emas dan pakaian kebesaran berwarna-warni. Selepas peristiwa itu, Gaddafi mula digelar 'Raja Segala Raja' di Afrika.

(Sumber : Kosmo Online)