Tuesday, March 1, 2011

REALITI DI SEBALIK GUNUNG EVEREST

Pada tahun 2006, seorang pendaki yang cuba mendaki puncak Gunung Everest untuk kali ketiga secara sendirian ditangkap gambar secara tidak sengaja oleh pendaki lain yang berasa di puncak gunung lain di hadapannya.


Pendaki dalam gambar itu, dalam perjalanan yang dikenali sebagai ‘Final Push’ pada laluan antara rabung Timur Laut, yang terletak antara Camp VI 8230 m dan puncak gunung. Ketika sudah lewat tengahari, yang sememangnya waktu yang paling buruk untuk memulakan perjalanan di laluan yng panjang dan berbahaya.

Sebab itulah, jurugambar dan rakan-rakan sepasukannya akan mengambil masa yang berjam-jam sebelum dapat melihat lelaki itu kembali walaupun berada pada jarak yang dekat pada mata.

Mereka meninggalkan perkhemahan pada masa yang dicadangkan, ketika hampir tengah malam untuk memastikan tiba di puncak ketika fajar. Mereka adalah kumpulan pertama pendaki daripada jumlah keseluruhan 40 orang pendaki yang membuat Final Push pada hari itu.

Satu barisan panjang sekumpulan pendaki, kesemua mereka disambungkan dengan satu tali yang tetap sebagai rujukan dan memastikan pendaki-pendaki berada pada laluan yang betul.


Selama beberapa dekad tali ini dipasang, tali ini membawa pendaki kepada laluan yang terletak beberapa meter daripada gua yang dikenali sebagai Gua ‘Boots Green’.



Gua batu kapur kecil yang terletak pada ketinggian 8500m itu sudah terkenal di kalangan pendaki yang kemudian menyebabkannya mendapat jolokan ‘Boots Green’.


Selama sepuluh tahun kebelakangan ini, tubuh seorang pendaki yang meninggal pada tahun 1996 telah menjadi mercu tanda suram kepada setiap pendaki yang melalui laluan Timur Laut, keadaannya yang berbaring dan meringkuk sebagaimana janin lengkap dengan kasut mendaki gunung berwarna hijau.

Tetapi, pada pagi ini Green Boots mempunyai teman. Labih kurang 2 meter daripada mayat duduk seorang lelaki yang seolah-olah mati. Sarung tangannya di letakan di lutut manakala bayang-bayang tudung dan topinya menyebabkan wajahnya terlindung. Keadaan yang menunjukan bahawa lelaki itu masih hidup adalah hidungnya yang telah mengalami preputan frost berwarna hitam kehijauan. Ketika diamati dari jarak dekat, hembusan nafas dia kelihatan sangat laju.
Seandainya dilihat kejadian itu dalam konteks yang lebih luas, lebih kurang setiap sepuluh pendaki yang pernah mencapai ke puncak, gunung ini telah mengorbankan salah seorang daripada mereka. Selepas 56 tahun manusia pertama dalam sejarah mencapai puncak Gunung Everest, 216 orang telah terkorban dan hakikat yang mengerikan daripada Final Push adalah rekod 150 mayat yang tidak pernah atau tidak boleh dibawa turun. Sedangkan mayat-mayat mereka semua masih ada terutamanya yang berada di Zon Maut.



Tidak ada manusia yang dapat membiasakan diri dengan ketinggian Zon Maut. Hanya terdapat 14 buah gunung di seluruh dunia yang melebihi ketinggian 8000 meter dan tidak mungkin seseorang boleh berada lebih daripada 48 jam di sana. Tahap oksigen di Zon Kematian yang cuma satu pertiga daripada tahap oksigen pada paras laut, yang secara mudahnya bermaksud badan akan menggunakan simpanan oksigen dalam badan lebih cepat daripada oksigen masuk daripada pernafasan.

Dalam situasi demikian, pelbagai kejadian pelik yang akan terjadi kepada fizikal dan mental manusia. Seorang pendaki National Geographic yang bertujuan untuk melakukan percubaan membuat dokumentari pandakian ke puncak (akhirnya tidak berjaya), Brian Blessed menceritakan kesan halusinogen disebabkan kehabisan oksigen di Zon Maut. Pandangannya mengalami halusinasi, badannya lemah dan daya fikiran pula seolah-olah tidak betul. Sesiapa yang tinggal di Zon Maut tanpa menggunakan sebarang bekalan oksigen tambahan akan menjadi rasa tercekik, lebih teruk lagi apabila terpaksa melakukan aktiviti yang mengerahkan kemampuan fizikal yang sukar dibayangkan.

Cabaran di Gunung Everest bukan sahaja disebabkan kekurangan oksigen dan muka bumi yang berbahaya tetapi juga keadaan seperti suhu dan waktu yang sesuai untuk pendakian. Waktu terbaik untuk mendaki sangat singkat di antara bulan Mei dan Jun, dengan suhu purata -27 darjah Celcius dan angin 50 batu/jam. Tetapi, keadaan Gunung Everest yang sangat tinggi hinggakn bahagian atasnya menembusi lapisan stratosfera, di mana terdapat angin yang di kenali sebagai Jet Streaming yang boleh mencapai kelajuan 200 batu/jam dan suhu jatuh ke 73 darjah Celcius.











 
 
 
Bukanlah pendaki-pendaki Gunung Everest tidak mengetahui hakikat ini. Bahkan hakikat ini telah disebutkan berkali-kali dalam pelbagai artikel dan rencana. Tetapi, pendedahan demi pendedahan hanya menambah tarikan lebih ramai orang terhadap gunung ini.

Tetapi sebagaimana kata-kata Brashears, seorang pendaki yang telah berjaya mendaki puncak Everest sebanyak lima kali, “tiada dalam persediaan atau latihan mendaki saya cara untuk melalui perangkap maut yang telah tersedia di atas Gunung Everest”.

Contoh yang paling popular, pendaki Hannelore Schmatz yang telah mendaki gunung ini pada 2 Oktober 1979. Setelah beliau selesai menakluki puncak Everest, beliau meninggal dunia ketika dalam perjalanan turun dari puncak ke Camp IV kerana keletihan. Selepas itu selama bertahun-tahun pendaki-pendaki yang melalui laluan selatan dapat melihat tubuhya dalam keadaan duduk, bersadar pada beg sandangnya dan rambut yang ditiup angin. Walaupun kedudukannya yang terdedah dan jelas kelihatan di laluan, operasi menyelamat menyelamat yang ingin membawa turun mayat tersebut menjadi seolah-olah operasi membunuh diri di Death Zone.

Polis dan bersama-sama Sherpa Nepal yang ingin menyelamatkan kedua-duanya maut terkorban. Angin kencang yang bertiup menolak mereka ke tepi tebing sehingga jatuh.

Gaung yang terletak di laluan timur laut telah digelar “Rainbow Valley” oleh para pendaki disebabkan pelbagai warna jaket mayat pendaki yang ada di gaung itu.
Brashears mengatakan “Walaupun penuh dengan salji dan ais, Gunung Everest kering seolah-olah seperti di gurun padang pasir yang menyebabkan mayat-mayat pendaki pengawetan semula jadi berlaku dengan pantas. Bahkan disebabkan terlalu tinggi, mayat-mayat pendaki akan kekal selama berpuluh-puluh tahun, hinggakan sesetengah mayat tersebut masih memakai peralatan mendaki. Contohnya seperti dalam gambar di bawah ini, mayat pendaki yang bernama George Mallory, diklasifikasikan sebagai hilang pada tahun 1924 tetapi mayatnya ditemui pada tahun 1999 selepas 75 tahun mayatnya hilang terbiar.

Setakat ini tiada kajian terperinci yang pernah dilakukan mengenai punca kematian di Gunung Everest. Apakah yang menyebabkan ramai pendaki menyerah dan putus asa walaupun kadang-kadang dalam keadaan jarak yang sangat dekat dengan tempat yang selamat. Seolah-olah mereka berperang dengan rasa takut mereka di atas gunung ini.


Hakikatnya, bukan saja anda tidak dapat membantu pedaki lain yang bermasalah, tetapi jika tersalah langkah anda mungkin akan terkorban kerana ingin menyelamatkan orang lain.Media mengelarkannya sebagai “demam puncak” yang sekiranya teruk akan menyebabkan pendaki-pendaki gunung mengabaikan etika-etika sebagai pendaki Everest, yang dianalogikan seolah-olah mereka memijak mayat-mayat untuk mencapai kemuncak.

Walau sebanyak mana pun persediaan dan kos ekspedisi pendakian, itu bukanlah sebab yang wajar untuk meninggalkan rakan sepasukan mereka tetapi sanggup menghabiskan tenaga mendaki puncak gunung. Keadaan yang terlampau aneh ini jauh dari sifat keperimanusiaan. Mereka terpaksa memilih sama ada menolong orang lain atau pun mengorbankan diri sendiri. Jadi, persiapan sejak dari awal lagi setiap pendaki-pendaki didedahkan dengan risiko bahwa mereka tidak boleh mengharapkan sebarang bantuan pendaki lain mahu pun menawarkan pertolongan kepada pendaki lain.

Jika tidak mereka tidak akan meninggalkan tetapi ditinggalkan di Gunung Everest buat selama-lamanya










No comments:

Post a Comment