
selamat tahun baru 2010!!!!!!
HAPPY NEW YEAR 2010!!!!!


LONDON: Transeksual warga Malaysia, Mohammed Fazdil Min Bahari berasa takut untuk pulang ke Malaysia ekoran reaksi negatif yang timbul daripada tanggapan salah berhubung perkahwinannya dengan seorang warga British.
Katanya, dia telah menerima banyak emel dan komen orang ramai yang mengkritik dan menuduhnya menghina kerajaan Malaysia.
Mohammed Fadzil atau Fatine kesal kerana orang ramai tidak memahami tujuannya datang ke United Kingdom (UK) adalah semata-mata untuk hidup bersama lelaki yang dicintainya.
Katanya, dia tidak boleh berbuat demikian di Malaysia kerana masyarakat mengkaitkan perkahwinan mereka dengan isu agama.
"Saya takut untuk pulang ke tanah air. Saya bimbang akan keselamatan saya," katanya yang mengulas tentang laporan akhbar tersebut yang didakwa memberikan gambaran kurang tepat mengenai kisah percintaan mereka sehingga mencetuskan reaksi negatif.
Bercakap pertama kali selepas akhbar The Sun di London mendedahkan berita itu, Fatine berkata dia tidak tahu hendak membuat apa-apa lagi kerana keluarganya telah memutuskan hubungan dengannya.
"Saya telah menghabiskan masa berjam-jam membuat panggilan telefon untuk memohon kemaafan. Saya amat menyayangi mereka tetapi saya tidak boleh mengubah apa yang telah berlaku," kata jurusolek artis berusia 36 tahun itu.
Fatine yang berasa kesal dengan laporan tersebut yang didakwanya telah memutarbelitkan kisah cinta mereka sedangkan mereka tidak berniat untuk menghina masyarakat Melayu.
"Mereka juga telah menyiarkan nama bapa saya, sedangan itu sebenarnya tak perlu. Ibu saya pula berasa takut untuk meninggalkan rumah sekarang," tambahnya.
Fatine kesal kerana masyarakat Melayu berasa tersinggung ekoran perkahwinan mereka, walhal mereka cuma ingin hidup bersama di UK memandangkan mereka tidak boleh berbuat demikian di Malaysia.
Fatine sedar orang-orang Melayu memegang nilai-nilai tradisional dan "tidak dapat menerima orang sepertinya".
Fatine sedar orang-orang Melayu memegang nilai-nilai tradisional dan "tidak dapat menerima orang sepertinya".
Bagaimanapun, dia berharap keadaan akan beransur reda.
Fatine "berkahwin" dengan Ian Young, 30, pemilik syarikat penyelenggaraan hartanah dalam satu upacara sivil Mei lalu, menghadapi tindakan dihantar pulang ke Malaysia selepas permohonannya untuk mendapatkan visa 'Leave to Remain' ditolak oleh Pejabat Dalam Negeri ekoran foto "salah".
Permohonan kedua yang disertakan foto berukuran pasport berlatar belakang putih dan bukannya biru telah dikemukakan untuk pertimbangan semula, namun permohonan itu juga telah ditolak Oktober lalu.
Pasangan itu baru mengemukakan permohonan buat kali ketiga untuk mendapatkan 'Right to Family Life (hak untuk kehidupan berkeluarga)' di bawah Akta Hak Asasi Manusia di Britain.
Pada Isnin lalu, Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Abdul Rahman Othman berkata, Jabatan Imigresen berkemungkinan mengambil tindakan undang-undang terhadap Fatine.
Ini kerana katanya, pihaknya memandang serius kes rakyat Malaysia tinggal melebih tempoh di luar negara.
Young bagaimanapun menegaskan permohonan Fatine masih sedang diproses oleh Agensi Sempadan UK. Justeru, katanya, Fatine tidak sepatutnya dikategorikan dalam golongan yang tinggal terlebih tempoh di UK.
"Setahu saya, pihak berkuasa tidak dibenarkan menahannya buat masa ini," katanya.
Ekoran laporan tersebut yang tidak memaparkan perkara sebenar, Young mendakwa, orang ramai beranggapan cerita mereka merupakan satu penghinaan kepada Islam sedangkan mereka tidak berniat berbuat sedemikian.
Fatine (duduk) kesal kerana orang ramai tidak memahami tujuannya datang ke United Kingdom (UK) adalah semata-mata untuk bersama dengan lelaki yang dikasihinya.
"Kami cuma mahu berkahwin, hidup bahagia bersama. Satu-satunya cara kami dapat berbuat demikian adalah di UK," kata Young.
Tambahnya, laporan tersebut juga seolah-olah menggambarkan mereka menghina undang-undang Islam.
"Ekoran gambaran sedemikian, saya berasa kami akan berada dalam keadaan bahaya jika kami cuba tinggal di Malaysia," ujarnya.
![]() |
| LIGHT |
COVINGTON - Seorang pengasuh bayi di Indiana, Amerika Syarikat, Samantha Light didapati bersalah kerana membuat rakaman video yang menunjukkan dia melakukan pelakuan seks dengan beberapa kanak-kanak termasuk yang berusia dua bulan.
Sebuah mahkamah di sini, 111 kilometer dari ibu negeri Indianapolis kelmarin menjatuhkan hukuman penjara selama 125 tahun walaupun dia memohon maaf kerana kesalahannya.
Pada bulan lalu, Light, 26, mengaku bersalah atas tiga dakwaan mencabul di sebuah mahkamah di sini.
Sebelum hukuman dijatuhkan berhubung tiga kesalahan jenayah terhadap kanak-kanak, wanita itu mendakwa dipaksa berbuat demikian oleh teman lelakinya, Stephen E. Quick II.
Kesnya terbongkar pada Mac lalu apabila seorang budak perempuan berumur tiga tahun memberitahu ibunya bahawa Light menyentuh bahagian sulitnya dan aksi tersebut dirakamkan oleh teman lelakinya.Blog, akhbar Cina sokong hasrat bekas ketua PKM kembali seolah-olah perlekeh kerajaan
KELMARIN adalah ulang tahun ke-20 perjanjian Hatyai yang membawa kepada berakhirnya pemberontakan Parti Komunis Malaya (PKM) yang bersetuju meletakkan senjata. Sebagai menghormatinya, Malaysia memberi kelonggaran untuk menerima kembali rakyat Malaysia yang terpesong itu jika mereka mohon dan mematuhi beberapa syarat.
Mereka yang tidak ingin kembali ke tanah air, akan diterima Thailand untuk terus berada di negara itu. Berikutan itu, kira-kira 400 orang bekas pengganas kembali untuk menghabiskan masa mereka bersama sanak saudara di Malaysia manakala 800 orang lagi memilih terus tinggal di Thailand.
Malah, ada juga lebih 20 rakyat Singapura yang mahu kembali ke negara mereka tetapi tidak dilayan. Angka ini didedahkan oleh Fang Chuang Pi, orang kanan Chin Peng dan warga Singapura yang pernah digelar sebagai The Plen (plenipotentiary) oleh Lee Kuan Yew kerana memainkan peranan sebagai perantara dengan Parti Komunis Indonesia (PKI) dan Komintern (Jawatankuasa Komunis Antarabangsa) pada 1950-an.
Fang sudah meminta jasa baik Lee mengikut jejak Malaysia untuk membolehkan rakannya itu kembali ke republik terbabit. Permintaan itu dibuatnya melalui satu pertemuan dengan akhbar Nanyang Siang Pau pada Julai 1997.
Bagaimanapun hasratnya itu ditolak bulat-bulat oleh Lee dua minggu kemudian melalui satu kenyataan yang disiarkan The New Paper di Singapura. Bagi mereka, tidak pula sesiapa yang hendak membela?
Antara kira-kira 800 bekas anggota PKM yang memilih untuk terus tinggal di Thailand ialah Chin Peng kerana tidak bersetuju dengan syarat membolehkannya kembali. Malah dia yang menetapkan syarat iaitu antaranya kerajaan hendaklah menerimanya kembali sebagai jaguh menentang penjajah.
Kini, menjelang ulang tahun ke-20 perjanjian itu, ceritanya berubah. Dia sudah berhasrat mahu kembali. Ini sudah diatur demikian rupa dengan mendapat simpati beberapa akhbar dan portal berita tertentu menyokong kepulangannya.
Propagandanya adalah berikutan kegagalannya mendapat perintah mahkamah membenarkannya kembali. Permohonannya itu ditolak hingga ke Mahkamah Persekutuan pada April lalu kerana gagal mengemukakan bukti dia dilahirkan di sini atau dia adalah warga Malaysia.
Chin Peng sebelum itu menerbitkan sebuah buku Alias Chin Peng: My Side of History pada 2003 yang cuba mengaburkan kekejaman PKM serta peranannya sebagai pemimpin pengganas yang membawa kesengsaraan kepada seluruh rakyat.
Hasilnya kini ramailah yang bersimpati pula dengannya hingga terus saja mahu melupakan kezaliman puaknya yang menindas, membunuh orang yang tidak berdosa serta menyebabkan kesengsaraan kepada ramai rakyat negara ini.
PULAU BERHALA


l Turtles’. Kebanyakan ‘Green turtles’ bertelur di Pulau Selingan manakala kebanyakan ‘Hawksbill Turtles’ bertelur di Pulau Gulisan, kerana terdapat terumbu karang yang luas di kawasan ini. Manakala sebahagian kecil dari kedua-dua jenis penyu ini bertelur di Pulau Bakkungan Kecil. Penyu-penyu ini bertelur sepanjang tahun, tetapi kemuncak ia bertelur ialah pada bulan Julai hingga bulan Oktober bagi ‘Green Turtles’ yang bertelur lebih kurang 110 biji dalam satu lubang dan Februari hingga April bagi ‘Hawksbills Turtles’ yang bertelur di antara 70 hingga 180 biji telur sekali. Telur-telur ini akan di peram selama 50-60 hari sebelum ia menetas menjadi anak penyu dan berenang balik ke laut. Dalam penyelidikan, penyu-penyu betina ini akan kembali untuk bertelur selepas 20 tahun dan akan kembali bertelur selepas beberapa tahun berikutnya. Di antara pulau-pulau penyu ini, Pulau Selingan juga merupakan salah sebuah tempat pelancongan yang menarik. Dengan menggunakan bot laju anda boleh menyaksikan keindahan pulau ini dan kejernihan lautnya yang cantik dengan beraneka jenis ikan. Pulau Selingan terdapat sebuah chalet iaitu Chalet Pulau Selingan. Ia mempunyai 15 buah bilik yang mempunyai bilik mandi. Chalet ini juga mempunyai restoran. 

TAMAN BUAYA
AUSTRALIAN MEMORIAL
ST. MICHAEL AND ALL ANGELS CHURCH Pada tahun 1888, Reverend W H Elton dari Persatuan Mubaligh Gereja di England telah membina sebuah sekolah yang kecil diberi nama Sekolah Saint Michael’s di Sandakan. Di sekolah ini juga tempat untuk bersembahyang bagi orang-orang yang beragama Kristian. Dari ini datangnya buah fikiran untuk membina sebuah bangunan Gereja yang sempurna iaitu Gereja Saint Michael dan Semua Malaikat (Saint Michael and All Angels Church). Gereja St. Michael merupakan sebuah bangunan batu teguh yang pertama di Sandakan. Bangunan ini di reka oleh seorang New Zealand, Encik B W Mountfort, kerja pembinaan dimulakan pada tahun1893. Pada mulanya kayu belian digunakan dan diikuti batu-bata, yang dipercayai dari kampung Sim Sim. Pembinaan bangunan gereja ini telah mengambil masa lebih kurang 20 tahun dibuat daripada batu batan. Gereja Saint Michael masih kekal sebagai antara satu daripada beberapa buah bangunan batu yang tinggal dan merupakan antara pembinaan yang terbaik di Sandakan.

SAM SING KUNG


