Wednesday, November 23, 2011

KATA-KATA MENARIK

PUJIAN BIARLAH BERTEMPAT,
MARAH BIARLAH BERSOPAN,
KURANG AJAR BIARLAH BERBUDI BAHASA.

TRANSFORMASI

1. Perkataan 'transformasi' ini biasa kita dengar dan baca. Lebih-lebih lagi pada waktu ini, dimana, semua membincangkan tentang transformasi politik,kewangan,sosial dan pelbagai lagi transformasi yang ingin dibuat semata-mata untuk membuat perubahan dan mengimpikan hasil yang baik dan terbaik.

2. Namun berapa ramai yang menyelami dan memahami sebenar perubahan yang dibuat kepada apa dan untuk apa. Adakah ini hanya omongan semata-mata atau mengikuti trend semasa atau menjadi amalan yang berkesudahan pada yang baik.

3. Negara Jepun telah lama mengamalkan dan telah menjadi sebati dalam jiwa mereka serta telah menjadi cara hidup sehinggakan mereka mampu bangun dan bangkit dari keruntuhan menjadi sebuah negara perindustriaan yang disegani oleh barat.

4. Apakah kita sudah bersedia dan mampu menjadikan budaya transformasi menjadi cara hidup untuk menuju hidup yang lebih berdaya saing ataupun tidak mengubah persepsi 'cukup sekadar cukup-cukup makan'.

5. Ternyata ruang lingkup 'transformasi' itu sangat luas untuk dimanifestasikan mengikut imaginasi dan pandangan masing-masing. Tapi yang jelasnya 'transformasi' adalah suatu perubahan dari yang negatif kepada positif atau sebaliknya.

6. Jadi, sempena 1 muharam ini buatlah niat bulatkan tekad untuk melakukan perubahan sekurang-kurangnya perubahan pada diri sendiri kalaupun kita tidak mampu merubah dunia.