Thursday, January 21, 2010

Nenek buta cipta sejarah tangkap keli 97kg




TAK SANGKA...Sheila bersama pemandu pelancong, Dan Davies menunjukkan keli dikailnya sebelum ikan itu dilepaskan ke Sungai Ebro, Barcelona, semalam.

Sunday, January 17, 2010

Geliga Lipan


Derita negara voodoo


                         MAYAT-MAYAT dikumpulkan di tempat awam.

Gempa bumi berukuran 7 pada skala Richter dan mengorbankan lebih 100,000 orang Rabu lalu, sekadar menambahkan lagi derita penduduk di Kepulauan Caribbean itu.
GEMPA bumi yang memusnahkan bandar Port-Au-Prince, pada Rabu lepas bukanlah bencana yang pertama kali berlaku di Haiti.

Kejadian pertama telah melanda di kepulauan Hispanolia itu pada tahun 1751 semasa masih di bawah penjajahan Perancis.

Kejadian kedua pula terjadi pada 3 Jun 1951 berdekatan dengan Port-Au-Prince dan Saint Domin-gue yang mengorbankan kira-kira 15,000 orang.

Gempa berulang buat kali ketiga di daerah Cap-Haitien dan beberapa daerah lain termasuk utara Haiti serta Republik Dominican pada 7 Mei 1842. Diikuti dengan bencana yang sama, ia turut terjadi pada tahun 1946 dan 1992.

Gempa sekuat 7 pada skala Richter yang berlaku pada pukul 4.53 petang (pukul 5.53 pagi waktu Malaysia), Rabu lalu itu, berpusat 15 kilometer dari barat Port-au-Prince pada kedalaman lapan kilometer.

Dalam kejadian tersebut, bangunan Kementerian Kewangan, Kementerian Kerja Raya, Kementerian Komunikasi dan Budaya, Istana Kehakiman, Sekolah Kebangsaan Bagi Pentadbiran, Pejabat Serantau Caribbean Agence universitaire de la Francophonie (AUF), Parlimen, dan Port-au-Prince Cathedral turut musnah.

Anggaran kematian ialah sebanyak 100,000 orang. Kebanyakannya terdiri daripada orang awam, walaupun jumlah yang paling banyak tercedera dan terbunuh ialah warga asing.

Mayat mangsa yang terkorban dan cedera bergelimpangan di atas jalan raya dengan berpuluh-puluh gegaran susulan terus berlaku di negara pesisiran Laut Caribbean itu.

Wartawan Associated Press yang berada di Port-au-Prince berkata, kerosakan akibat gempa bumi paling kuat pernah melanda Haiti sejak lebih dua dekad lalu itu sangat mengerikan, walaupun negara itu sering berhadapan dengan tragedi dan bencana.

Wanita-wanita yang diselaputi debu merangkak keluar dari celah runtuhan sambil menjerit meminta tolong ketika ramai penduduk lain bertempiaran di jalan raya bagi menyelamatkan diri.

Beribu-ribu bangunan musnah di seluruh bandar besar itu dan udaranya penuh dengan debu runtuhan selama beberapa jam.Kebanyakan bangunan di Haiti tidak kukuh dan bahaya diduduki.

BIARPUN dunia menganggap voodoo sebagai sihir jahat, penduduk tempatan sebaliknya menggunakannya untuk mengubati penyakit.

"Hospital yang ada tidak dapat menampung jumlah mangsa yang cedera. Haiti perlu berdoa. Kita semua perlu berdoa bersama-sama," kata seorang doktor dan bekas senator, Louis-Gerrard Gilles.

Di sebuah runtuhan bangunan apartmen empat tingkat, seorang remaja berusia 16 tahun berdiri di atas sebuah kereta, cuba mengintai ke dalam runtuhan ketika sekumpulan lelaki menarik kaki yang tersembul untuk mengeluarkannya.

Pengaman PBB, kebanyakannya dari Brazil, cuba menyelamatkan mangsa yang masih hidup di celah runtuhan ibu pejabat setinggi lima tingkat itu.

Namun ketua pasukan penyelamat, Alain Le Roy berkata, setakat malam Jumaat lalu tiada siapa berjaya dikeluarkan.

Negara itu berisiko tinggi mengalami kerosakan teruk akibat gempa bumi kerana faktor geografinya yang bergunung-ganang dan dikelilingi air laut.Sudah lama menderita

Kira-kira 9,000 anggota pengaman berada di Haiti sejak berlaku pemberontakan menggulingkan presidennya pada tahun 2004.Sebenarnya, tanpa gempa bumi pun, rakyat Haiti telah lama menderita.

Turut digelar sebagai Negara Hamba, Haiti diiktiraf sebagai sebuah republik kulit hitam yang pertama mendapat kemerdekaan di dunia iaitu pada 1 Januari 1804.

Seperti Guinea, Cuba dan juga Korea Utara, republik itu merupakan salah satu negara yang paling serius menghadapi masalah hak asasi di kalangan Negara Dunia Ketiga.

Negara yang pernah kaya dengan pelbagai khazanah itu juga merupakan negara termiskin di dunia dengan 80 peratus daripada sembilan juta penduduknya hidup di bawah garis kemiskinan.

Kekurangan nutrisi pemakanan bukanlah disebabkan oleh ketiadaan ilmu, sebaliknya ia terjadi kerana dibelenggu kemiskinan.

Beras dan biji-bijian dianggap sebagai hidangan setempat dan biasanya dimakan oleh masyarakat yang hidup di kawasan bandar.

Masyarakat luar bandar pula menikmati makanan tradisional seperti ubi keledek, ubi kayu, keladi, jagung, beras, kacang pis, kacang panjang, roti dan kopi.

Golongan lelaki selalunya memonopoli semua peluang pekerjaan termasuk guru, doktor dan ahli politik walaupun wanita turut mempunyai kepakaran dalam bidang tersebut.

Wanita pula kebanyakannya diberi tanggungjawab memasak, mengemas rumah dan membasuh kain dengan menggunakan tangan.

GEMPA bumi yang melanda Haiti minggu ini merupakan tragedi paling buruk dalam sejarah negara itu sejak dua dekad lalu.

Bagi wanita dan kanak-kanak di luar bandar, mereka bertanggungjawab untuk mendapatkan air dan kayu api, menanam dan juga menuai.

Menyentuh tentang keunikan di negara tersebut, tetamu yang bertandang ke rumah tidak pernah pulang dengan tangan kosong atau tanpa minum kopi, atau sekurang-kurangnya diiringi ucapan 'maaf'.Kegagalan berbuat demikian akan dianggap sebagai tidak beradab.

Wanita dan lelaki terutamanya, akan memegang tangan di khalayak ramai sebagai tanda persahabatan yang selalunya disalahtafsirkan oleh masyarakat luar sebagai homoseksual.


Haiti juga terkenal dengan kepercayaan agamanya yang popular, iaitu 'berkhidmat untuk iwa' oleh pengamalnya namun dikenali sebagai voodoo oleh masyarakat luar.
Walaupun upacara tersebut telah distereotaipkan oleh dunia luar sebagai 'sihir jahat', voodoo sebenarnya ialah sebahagian daripada usaha untuk memulihkan sesuatu penyakit.


Sumber: Kosmo

Ganas!!!!!

Jangan_tengok.avi

Kepala El Teo bernilai RM7.35 juta


KEMENANGAN besar diraih pasukan polis Tijuana yang berusaha keras memerangi kumpulan kartel ganas di Mexico apabila Raja Dadah, Teodoro Garcia Simental berjaya ditahan di La Paz.

Lelaki Mexico yang paling dikehendaki dan dikenali sebagai El Teo itu dikatakan bertanggungjawab ke atas pertumpahan darah di sempadan Mexico, menjauhkan pelancong dan menyebabkan ketegangan sosial di selatan Baja California, Mexico.

Malah nilai yang diletakkan pada kepalanya mencecah RM7.35 juta (AS$2.1 juta).

Menurut pihak berkuasa tempatan, Garcia menguruskan rangkaian penculikan secara besar-besaran, menahan mangsa di dalam sangkar, dan merupakan individu di sebalik kekejaman yang mencemarkan Tijuana dengan darah kira-kira lima mayat dalam sehari.

Minggu lalu, seorang mangsa culik ditemui dengan mukanya dihiris dan dijahit pada sebiji bola ragbi. Pada bola itu ditinggalkan sekeping nota yang ditujukan kepada pihak polis yang berbunyi: "Selamat Tahun Baru, kerana ini merupakan sambutan terakhir kamu."

Sebelum itu, Santiago Meza, 'tukang masak sup' Garcia yang ditahan memberitahu wartawan dia dibayar RM2,100 (AS$600) seminggu untuk melarutkan sekurang-kurangnya 300 mayat sejak 10 tahun yang lalu.



Akhbar Los Angeles Times, yang membuat liputan berterusan tentang perang dadah di sempadan Mexico, melaporkan bahawa Garcia sering meninggalkan cebisan mayat di dalam tong di tepi jalan besertakan mesej yang mengancam untuk menjadikan musuh mereka sup pekat Mexico, pozole.


Dia seorang lelaki misteri. Tarikh lahirnya tidak diketahui. Dia berumur dalam lingkungan 30-an dan hanya satu gambarnya yang pernah tersiar di dalam akhbar sepanjang hayatnya.

Memetik akhbar Los Angeles Times, Garcia bermula sebagai penggempur dalam kartel Arellano Felix dan semakin berkuasa apabila menculik doktor, ahli politik dan ahli perniagaan dan menjadikannya industri yang bernilai jutaan dolar.

Garcia meninggalkan kartel itu pada 2008 dengan cara yang penuh dramatik sehingga mengorbankan 14 nyawa.

Sejak itu, Garcia menonjolkan keganasannya termasuklah menghiris wajah mangsanya dan menggantung mereka di jambatan.

Kebanyakan daripada mesej yang ditinggalkan pada mayat menyatakan mangsa ditinggalkan dalam keadaan begitu oleh Garcia.

Geng Mexico merupakan pembekal terbesar marijuana, metamfetamin, kokain dan heroin ke Amerika Syarikat (AS).

Pada tahun 2006, Presiden Mexico, Felipe Calderon, melancarkan perang terhadap kartel-kartel yang ada di negara itu, menyebabkan tercetusnya insiden-insiden ngeri dan ganas.

Lebih 15,000 orang terbunuh dan kebanyakan mangsa didera atau dicacatkan sebagai menghantar mesej kepada polis dan geng lawan.Anggota polis dan keluarga mereka pula dibunuh.


Pada Oktober 2008, tiga mayat polis tidak berkepala disusun dengan enam mayat lain, juga tanpa kepala untuk mengeja 3 L atau Tres Letras yang merupakan nama timangan Garcia.


Penahanan Garcia merupakan kemenangan besar kedua kerajaan Mexico dalam tempoh sebulan. Disember lalu, seorang lagi Raja Dadah, Arturo Beltran Leyva, terbunuh dalam satu kejadian tembak-menembak dengan pihak berkuasa.

Sumber : Kosmo Online

Saturday, January 16, 2010

Awek_Kentut.wmv

Awek_Kentut.wmv

Utusan Malaysia Online - Berita Utama

Utusan Malaysia Online - Berita Utama

Kepala anak biri-biri mirip manusia


IZMIR - Seorang doktor haiwan di sebuah kampung di Turki, Erhan Elibol terkejut selepas dia mendapati terdapat seekor anak biri-biri memiliki wajah seperti manusia, lapor beberapa buah akhbar semalam.Anak biri-biri itu dikeluarkan menerusi pembedahan daripada ibunya.Anak biri-biri itu yang mempunyai mata, hidung dan bibir seperti manusia. "Saya pernah melihat anak lembu dan biri-biri yang dilahirkan dengan mempunyai tubuh yang pelik akibat proses mutasi seperti yang bermata satu, berkepala dua atau berkaki lima."Namun, apabila melihat anak biri-biri itu memiliki mata, hidung dan mulut seperti manusia, saya tidak percaya dengan apa yang saya lihat," kata doktor veterinar berusia 29 tahun itu.Ramai pakar haiwan menganggap anak biri-biri yang mempunyai wajah mirip manusia itu berlaku kerana ibunya kekurangan zat vitamin A.Menurut doktor itu, ibu biri-biri itu tidak dapat melahirkan anaknya itu secara normal menyebabkan pembedahan tersebut dilakukan.Pada September tahun lalu, seekor anak kambing dilahirkan dengan mukanya mirip manusia dan hidup beberapa jam sebelum dibunuh dan dibakar oleh penduduk di sebuah kampung di Zimbabwe. Gabenor di wilayah tempat anak kambing itu dilahirkan di Zimbabwe menyatakan kejadian tersebut berlaku akibat hubungan seks antara seorang lelaki dengan seekor kambing betina. - Agensi

Gara-gara Nak Kurus Badan


KUALA LUMPUR - Penjual barangan kraf tangan, Faridah Sahari bertekad mahu memberi kejutan kepada suaminya dengan niat menguruskan badan.Dia bimbang kerana selepas berkahwin tiga tahun lalu, berat badannya naik 10 kilogram kepada 64 kilogram.Tanpa pengetahuan suaminya yang juga seorang juruterbang, Samaon Ishak, 54, Faridah meninggalkan rumah mereka di Paka, Terengganu untuk sesi rawatan sedut lemak di sebuah klinik di Taman Desa, di sini pada 17 Disember lalu.Namun hanya 20 minit selepas dia menerima suntikan bius untuk pembedahan itu, Faridah dikatakan menggelupur sebelum meninggal dunia.Kejadian pada pukul 3.30 petang itu menyebabkan beberapa orang kakitangan klinik cemas dan berlari keluar dari dewan bedah.


Sumber : Kosmo

Monday, January 11, 2010

Jenis-Jenis Hantu


<<>>>

ISU KENAIKAN HARGA GULA...

Sejak kenaikkan harga gula 20 sen yg diumumkan oleh kerajaan sehingga ke hari ini, kita mendengar berita2 dari media bahawa berlaku jg kenaikkan pd harga barg yg lain.

Saya amat menyokong hasrat kerajaan utk mengelakkan pengambilan gula berlebihan di kalangan rakyat. Tapi yg dikesali, bila berlaku kenaikkan harga pd brg asas pengguna, harga yg lain pun akan naik jg seperti kenaikkan harga teh tarik, dan jg brg yg tdk berkaitan dgn penggunaan gula jg akan naik yg membebankan rakyat terutamanya yg berpendapatan rendah, yg kaya takpahlah boleh cakap tak menjejaskan mereka tapi rata-rata rakyat malaysia berpendapatan rendah dan sederhana. 

Saya berharap pihak yg berwajib menjlnkan tugas mereka memantau harga brg dgn lebih giat lagi. Jangan hanya duduk dlm bilik aircon saja...atau hanya menutup sebelah mata saja terutamnya di bandar/pekan kecil. Turun padang, pantau dan sabitkan peniaga yg jelas melakukan kesalahan menaikkan harga brg sewenang-wenangnya...